rizalman82 Publish time 28-12-2010 05:39 PM

Malam puteri raja

Malam puteri rajaBertemakan Royal Glamour and Elegenance pertunjukan fesyen amal ini berlangsung dengan meriah dan penuh kemewahan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.1.jpg


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/logo_st_elfesyen.jpg
MAJLIS Santapan Amal Royals And Arts - Seni Diraja baru-baru ini membuktikan peranan yang dimainkan oleh peragawati diraja menyuntik karakter tersendiri pada setiap helai busana yang diperagakan.
Bertemakan Royal Glamour and Elegenance pertunjukan fesyen amal ini berlangsung dengan meriah dan penuh kemewahan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.2.jpg
SEBAHAGIAN daripada puteri-puteri diraja yang memperagakan busana hasil ciptaan pereka-pereka tempatan di One World Hotel, Genting baru-baru ini.

Dimulakan dengan pembukaan yang menarik lagi nostalgik, Busana Tradisional Puteri Sembilan Negeri mempertontonkan lima hasil kerja replika pereka Sutex mewakili Bumiputra Designers Association dan empat lagi adalah himpunan istimewa Raja Dato Rezza.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.3.jpg

SHARIFAH ZARINATASHA SYED AZNI PUTRA dari Perlis manis dalam persalinan warna keemasan rekaan Calvin Thoo.


Antara sembilan busana tradisional istimewa yang menjadi pakaian harian puteri-puteri dahulukala dan diperagakan pada malam tersebut termasuklah Cik Siti Wan Kembang, Baju Pahang dan Kurung Johor Teluk Belanga.
Malam tersebut menyaksikan keindahan dan kemunculan semula Zarith Gangga iaitu sejenis busana yang menjadi pakaian rasmi puteri raja negeri Perak. Buat julung kalinya busana ini diperagakan di pentas peragaan.
Segmen busana tradisional diperagakan oleh sembilan puteri-puteri raja dari sembilan buah negeri. Ini termasuklah Raja Sheena Frida dari Selangor, Tunku Aminah binti Tunku Ibrahim Ismail dari Johor, Tengku Alana Iman Shahirah Tengku Ahmad Shah dari Negeri Sembilan, Tengku Loreta Tengku Dato' Setia Ramli mewakili Selangor dan Tengku Amelia Shahaz Tunku Azman.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.4.jpg

RAJA SHEENA FRIDA anggun dalam persalinan gaun malam mewah merah cili ciptaan Syaiful Baharim.


Persembahan peragaan seterusnya menghangatkan busana moden ciptaan 20 pereka tanah air.
Seperti kata pereka Zang Toi yang sempat melakar satu busana malam khas buat Tengku Ony Qistina Tengku Mohamed dari Kelantan, beliau harus hati-hati.
"Saya bukan sahaja perlu tahu kesesuaian dari segi penampilan dan keperibadian Tengku Ony, malah mestilah prihatin tentang pantang larang dan adab kesopanan istana," pintas Zang Toi.
Sementara itu Rizalman Ibrahim yang menghasilkan busana buat Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato' Seri Nazhatul Shima Almarhum Sulan Idris Shah atau terkenal dengan gelaran Tengku Dotti dari Perak dan Datin Sharifah Kirana yang mencipta busana buat Tengku Puteri, Tengku Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor pula berkata, mereka sentiasa memberi tumpuan kepada personaliti puteri raja yang dipertanggungjawabkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.5.jpg

PUTERI SURAIYA AFZAN MOHAMED MOIZ manis dalam gaun hijau zaitun.


"Saya pilih ciptaan yang ringkas dan menggunakan fabrik polos untuk menghasilkan penampilan yang anggun buat Tengku Dotti. Kalau diperhatikan potongannya agak longgar tetapi fabrik yang digunakan membuat busana tersebut mengalun lembut kala diperagakan dan tentu sekali hiasan manik. Labuci berwarna kontras serta penyudah yang terperinci menyuntik glamor pada pakaian ringkas itu," pintas Rizalman Ibrahim tentang hasil kerjanya.
Sementara itu, Sharifah Kirana Syed Ghazali berkata, beliau menumpukan rekaannya kepada personaliti Tengku yang terkenal dengan gaya dan penampilannya.
Ku Yah anggun dengan gaun malam fabrik renda dan organza merah samar berpotongan melekap di tubuh. Busana beliau juga dihiasi labuci dan manik kristal ungu samar yang ditabur di dada dan lengan baju serta taburan menawan di sekitar train hingga menjalar naik ke bahagian lutut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.6.jpg

PUTRI KHALISA ADILA dari Terengganu menggayakan ciptaan Hazwani.


Sementara itu, pereka Jovian Mandegie yang membuat rekaan bagi Tunku Puteri, Tunku Jawahir Tuanku Jaafar dari Negeri Sembilan pula, rekaannya menampilkan personaliti dan kelembutan peribadi Tengku Puteri.
Gaun malam bertingkat dan beropol yang digayakan oleh Tengku Puteri membuatnya begitu anggun.
Raja Dato' Nordiana Tengku Seri Indera Raja dari Terengganu menggayakan rekaan Aidawati Saidin iaitu busana ungu berlengan keruk dan berlisu fabrik polos.
Dua lagi ciptaan yang amat menyerlah pada malam tersebut ialah hasil tangan Datuk Tom Abang Saufi buat Tengku Aminah dan Syaiful Baharim untuk Tengku Sheena.
Tom memilih fabrik gaun malam polos merah berlengan sebelah sementara Syaiful pula dengan trademarknya; anggun mewah pada gaun malam labuh kembang berlisu di badan berwarna merah cili.
Antara puteri-puteri lain yang mengambil bahagian dan berjaya membawa hasil kerja pereka dengan menarik dan menyuntik karakter pada busana masing-masing.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.7.jpg

KU YAH anggun dengan gaun malam fabrik renda dan organza karya Sharifah Kirana Syed Ghazali.


Antaranya ialah Tengku Noremilina Tengku Iskandar dari Kelantan yang menggayakan ciptaan Amir Luqman, Tunku Putri Nur Asma Dato' Tunku Jaafar Laksamana dari Kedah menggayakan ciptaan Azura dari Azura Couture, Raja Sarina Intan Bahiyah Raja Iskandar Dzulkarnain dari Perak memperagakan hasil kerja Bill Keith, Sharifah Zarinatasha Syed Azni Putra dari Perlis memakai ciptaan Calvin Thoo, Tengku Norhala Tengku Seri Raja dari Terengganu memperagakan busana rekaan Hatta Dolmat dan Puteri Khalisa Adila dari Terengganu menggayakan ciptaan Hazwani.
Antara lain yang menyertai pertunjukan fesyen moden tersebut ialah Tengku Alana Iman Shahirah Tengku Ahmad Shah dari Negeri Sembilan menggayakan ciptaan Kem & Ashley dari Kapas Couture, Sharifah Zara Hanis Syed Kamil Shahabudin dari Kedah memperagakan hasil kerja Khoon Hooi, Puteri Amida Afsha Afzan Baharim dari Pahang untuk busana yang dicipta oleh Nik Erwan Roseli.
Sementara itu, Tengku Noor Adora Saroja Tengku Azhar Shah Putra dari Kelantan untuk ciptaan Sutex dan Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dari Perlis yang memperagakan busana hasil kerja Zery Zamry.
Penyanyi diraja yang memeriahkan majlis malam tersebut, Tengku Intan Sharafina menggayakan gaun songket ciptaan Melvin Lam.
Perhiasan barang kemas seperti pelbagai permata, ikatan dan rekaan adalah daripada MOAWAD. Solekan daripada kosmetik M.A.C dan dandanan rambut, Miko Hair Studio dengan kerjasama jurusolek dan jurudandan daripada Bumiputra Designers Association.
"Setiap pereka telah memilih fabrik yang sesuai dengan karakter puteri-puteri diraja. Saya tidak menyangka bahawa usaha untuk menyatukan puteri-puteri raja dari sembilan buah negeri menjadi realiti," jelas Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0901/Kosmo/Stailo/st_01.8.jpg

TUNKU PUTERI TUNKU JAWAHIR TUANKU JAAFAR dengan gaun malam bertingkat dan beropol rekaan Jovian Mandagie.


Jelas sekali, seni dan keindahannya mampu menyatukan manusia. Majlis Santapan Amal Royals and Arts - Seni Diraja anjuran Bumiputra Designers Association dan Yayasan Dunia Melayu di One World Hotel ini membuktikan bahawa istana dan keindahan seni pereka tempatan boleh bersatu.
Acara ini bertujuan untuk menambah dana Persatuan Kanser Serviks (CARES) dan anak-anak yatim dan ibu tunggal Kampung Medan. Projek malam amal ini ini dinaungi oleh Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.



cmf_blingblings Publish time 28-12-2010 06:08 PM

amboi....lawa-lawa..ada lagi gambar??

exclusive_vvip Publish time 28-12-2010 06:44 PM

puteri suraiya afzan tu cam scarlett johanson lak...ada gambar dia yg close-up lg?...x penah tau psl dia ni..

redmoskito Publish time 28-12-2010 07:34 PM

ala x de gambar yang besar ke?
kecik la gambar tu x puas tgk...
ku inah pon just nampak top jek.. x nampak full

mnaa Publish time 28-12-2010 11:55 PM

cite ni dah few years back... I thought someone dah pernah posted, tapi takpe gakla kan, leh la mengimbas kembali.. most yang beraksi dalam tu adalah kerabat2 diraja and bukan truly princesses but its good that they do something for charity.. tapi sekali tu je pon, tak bersambung2 dah rasanya.. or maybe I yang tak tau:P

2tigapuluh2 Publish time 29-12-2010 12:57 AM

lor...apsal angle pu3 johor tu x cantik.

quzpid Publish time 29-12-2010 08:18 AM

more pictures pls...nak tgk busana yg dipakai oleh puteri2 raja dan kerabat diraja...

pluto Publish time 29-12-2010 09:20 AM

huduh eh pic mula2 tu

kymyl Publish time 29-12-2010 09:27 AM

ni dah lama la

cmf_premierleag Publish time 29-12-2010 09:43 AM

aku baca artikel tu, sume penuhhh dgn nama2 Puteri, Tengku, Raja, Tunku..pening aku baca:shakehead3:

lzsdbx Publish time 29-12-2010 12:30 PM

malam amal untuk putera2 raja takde ke? ;P

sue_liah Publish time 29-12-2010 02:39 PM

perg...ku yah ke tu
nmpak hot..tp gmbo kecik ar x puas tgk

alisya05 Publish time 29-12-2010 03:28 PM

dah lama rasanya majlis ni berlangsung...

cmf_premierleag Publish time 29-12-2010 04:05 PM

malam amal untuk putera2 raja takde ke?
lzsdbx Post at 29-12-2010 12:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    I LIKEEEEEEEE:lol:

mclaren Publish time 29-12-2010 08:27 PM

ketinggalan bullet train betul...bila masa ku yah bukak tudung ye?

redmoskito Publish time 29-12-2010 11:40 PM

owhhh acara nie dh lama ke? ingatkan baru2 lagi..
patut la ku inah nampak berisi dalam gambar nie,, coz baru2 nie nampak dia kurus jek

rafudhefu Publish time 30-12-2010 01:30 PM

Bukan ke Ku Yah tu dulu bertudung...:I

ZabedAmin Publish time 30-12-2010 04:30 PM

owhhh acara nie dh lama ke? ingatkan baru2 lagi..
patut la ku inah nampak berisi dalam gambar nie, ...
redmoskito Post at 29-12-2010 23:40 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


   dah lama hokkay..... i sempat pg masa launch kat Mid valley.... siap bergambo dgn ku inah lg... :lol:

darthery Publish time 30-12-2010 04:43 PM

nk tgk gamba puteri johor~ huhu

bdk2 Publish time 31-12-2010 04:06 PM

mcm penah tgk je??? hurm....
Pages: [1] 2
View full version: Malam puteri raja


ADVERTISEMENT