tatod Publish time 19-8-2023 11:53 AM

Netizen Kritik Alha Alfa, Mekap Intan Najuwa 'Heavy'

Jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa tampil menjelaskan mengenai solekannya pada aktres Intan Najuwa yang mengundang kritikan segelintir netizen.


Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35, memohon maaf sekiranya ada individu yang menganggap solekan Intan sewaktu majlis akad nikah dikatakan terlalu berat dan sarat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/19/115318z284e29fno24q44r.png



Kata Alha, perkara ini berlaku disebabkan Intan melakukan penyambungan bulu mata (eyelash extension) yang menyebabkan solekan itu seakan-akan tidak kena.


"Saya minta maaf sekiranya anda (netizen) merasakan mekap Intan itu heavy... kelemahan saya apabila pengantin pakai eyelash extension siap sedia.


"Saya tidak menyalahkan pengantin, cuma orang luar akan salahkan saya 'Kenapa bulu mata tebal?' Dia mekap simple lagi cantik," katanya.


Alha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.


Dalam pada itu, Alha menegaskan dia hanya menggunakan mekap asas (foundation) untuk mendapatkan solekan natural.


Bagaimanapun, disebabkan gambar yang diambil menggunakan bantuan pencahayaan, solekan wajah aktres berkenaan dilihat agak berat.


"Mekap hari ini saya hanya guna satu pam foundation... dap menggunakan span sampai hilang foundation sebab nak bagi natural.


"Tetapi disebabkan tak dapat ambil gambar daripada natural light (matahari) kerana hujan... jadi bila guna lighting akan nampak tebalnya.


"Namun tidak mengapa, Intan happy saya pun gembira," ujarnya.


Menjengah ruangan komen perkongsian jurusolek berkenaan, rata-rata netizen memuji sentuhan Alha.


Ada yang mengatakan wajah Intan nampak lebih berseri dan lain daripada kebiasaan.


Pada Jumaat, Intan atau Najuwa Abdul Wahid, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Asman, 39, dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang.


Intan disatukan sebagai suami isteri daam satu majlis penuh meriah dihadiri keluarga dan rakan terdekat.


Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.




Sumber: mStar

Perawankota Publish time 19-8-2023 12:01 PM

Dia mmg suka make up muka artis merah2 kan?

Buritan Publish time 19-8-2023 12:19 PM

Perawankota: Dia mmg suka make up muka arti ...[/quot

Mekap merah merah ni dah boleh cmpk dah.. org dah tak suka dah...

ladybugz Publish time 19-8-2023 12:25 PM

i rasa make up janna nick mmg stakat ni fav i. nampak soft n smooth.

Binodino Publish time 19-8-2023 12:42 PM

Masalahnya puan alha, mekap tu memang tebal. Takde kena mengena pun pengantin tu pakai eyelash extension ke apa. IN tu pernah je kan mekap simple walaupun eyelash macam snuffleupagus, lawa je. Kau je kot jenis suka mekapkan orang tebal2

Sunkiss8999 Publish time 19-8-2023 01:28 PM

Intan ni muka budak..kecik je..kalau dia buat timeless makeup da naik seri betul da wajah nye..tapi iols suka si yintan ni..sbb dia bijak..belajar pandai..tangkap jerung kaya pandai..utk masa depan dia..pandai dia plan hidup dia..unlike si ruhainis kemut..lamberrtt...

opie5662 Publish time 19-8-2023 01:53 PM

Dah amek class ngan MUA janna pon masih kelaut lg hasil mekap heshe... Buang duit je belajo

evlinne Publish time 19-8-2023 01:54 PM

Wait whatttt. Hantaran RM222K??
Kalah hamis jalikha kerul lembam klau cmni

evlinne Publish time 19-8-2023 01:54 PM

Ketara sgt pisau cukur budak ni
Bukan kahwin miss universe pun;P

incess.my Publish time 19-8-2023 02:17 PM

Bukan ko mmg suka mekap konsep udang kena bakar ke. Ingatkan dah bljr dgn mua thai, dpt hasil natural. Makin merah ada la

namieamuro Publish time 19-8-2023 02:19 PM

aik. bkn ke die ade amek klas dgn mekap retis jananik?

dah kalau intan suke, ko risau knp? dlm hal ni yg penting client ko puas hati. nmpk sgt ko hadap puji pujian saje tanak org kritik lgsg. toksah explain eyelash bagai. hakikat nye mmg tebal pn :lol:

namieamuro Publish time 19-8-2023 02:22 PM

Bagaimanapun, disebabkan gambar yang diambil menggunakan bantuan pencahayaan, solekan wajah aktres berkenaan dilihat agak berat.



die salahkan lighting :lol: jananik tu tgk gamba dr retis lain pn tetap nmpk mekap die tak tebal mcm nyah. tak kire lighting rupe cemane pn

sakurazura Publish time 19-8-2023 02:34 PM

Meols rasa make up mcm gini is so yesterday. Ala24 or 5 tahun yang lalu. Meols bukan nak pertikaian heols punya touch. Masing2 ada signature sendiri. Tapi meols rasa mcm hmmm. Entahlah nok. Sama macam muazbella tu. Memang sheols makeup cantik tapi mcm tulah saban tahun makeup sheols begitu sahaja.

jihyomelly Publish time 19-8-2023 02:52 PM

so far make up dik jenna paling cantik!!! retis2 lain nak kawin sila la ambik mua jenna aritu..yg penting nampak clean soft muka berseri muka

Binodino Publish time 19-8-2023 03:07 PM

namieamuro: Bagaimanapun, disebabkan gamba ...

Aku rasa memang pesen dia ni suka mekapkan orang macam drag queen. Kalau orang condemn, dia salahkan keadaan. Contoh masa janna mekap lawa tu dia kata bukan semua orang boleh carry mekap ala thai. Pastu kalau tak silap bini si soeb kena mekap tebal sebab kulit tak flawless (yang ni dimaafkan). Now mekap si intan ni dia salahkan bulu mata & lighting pulak :shakehead3:

doubleA Publish time 19-8-2023 04:18 PM

Dah memang signature dia mekap tebal, pesen muabella tu dah macam cat muka. Lantak kome la asal pengantin suka

Belibis Publish time 19-8-2023 04:42 PM

Nape alha ni muka sama macam ponen nikah dengan tomboy tu?? Guna template sama ke masa oprate?

chanteksekali Publish time 19-8-2023 05:25 PM

IN punnn rambut xleh classy sikit ke rempit nah utk wedding

mamajawie Publish time 19-8-2023 05:55 PM

si leha ni da belajar mekap dgan babak beruang pun masih mekap cm to pek Kong..anjay

_kelly Publish time 19-8-2023 07:07 PM

jenis nak blame semua org padahal mekap kau tetap pondan pipi pink
Pages: [1] 2
View full version: Netizen Kritik Alha Alfa, Mekap Intan Najuwa 'Heavy'


ADVERTISEMENT