tatod Publish time 19-8-2023 10:45 AM

PM Bantu Islamkan Saudara Baharu

Tular di media sosial video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.


Menerusi video yang berdurasi yang dimuat naik pengguna @ceksue368 di TikTok, dipercayai Anwar diminta untuk mengislamkan saudara baharu itu selepas selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/19/104141tmmzybbgamy77v7m.png



Dapat dilihat, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengajar individu tersebut mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut dengan laungan Allahuakhbar oleh beberapa jemaah yang hadir.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka melihat Anwar Ibrahim yang membantu mengislamkan saudara baharu yang dikenali sebagai Muhammad Anuar itu.


7268547990556560642


Terdahulu, Anwar yang dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Sri Petaling, memilih untuk solat Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk melawat keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas pada Jumaat.




Sumber: Oh Bulan

Buritan Publish time 19-8-2023 12:23 PM

Harap jd org islam yg baik dan hati yakin pd Allah.. aku yg islam sbb keturunan ni pun sentiasa kena ingatkan hati ni..

CiliPadiSedap Publish time 20-8-2023 07:27 AM

Moga lebih ramai non muslim dapat di islamkan oleh anwar. Kami sokong

Benda baik kita sokong. Tahniah saudara baru kita.

Jajuli Publish time 20-8-2023 07:51 PM

Satu je geng2 dia ni membongak kaki spin semua ada, ingat kes lynasmasa pembangkang mcm2 dongeng diaboleh mutasi jadi alienlah apalah, sekarang dah gomen siap lynas boleh iklan kat tv lagi, byk lagi ptpn hapus, petrol turun, malaysian memang mudah kena tipu
Pages: [1]
View full version: PM Bantu Islamkan Saudara Baharu


ADVERTISEMENT