Raline Publish time 18-8-2023 09:48 PM

Hadkan jentera Ducati di litar MotoGP

Hadkan jentera Ducati di litar MotoGP

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/DUCATI.jpg
DUCATI memiliki lapan jentera pada saingan MotoGP musim ini sekali gus memberikan mereka kelebihan dalam pengumpulan data. - AFP


LONDON – Kecemerlangan dipamer pasukan Ducati pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sejak beberapa musim lalu membuatkan ramai pasukan tidak senang duduk dengan keadaan tersebut.

Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis berharap MotoGP dapat melihat semula peraturan semasa dan menyelaraskan peraturan sedia ada agar dapat menarik pengeluar baharu menyertai perlumbaan kelas perdana tersebut.

Ketika ini, terdapat lapan jentera Ducati dalam saingan kelas perdana MotoGP dan kedudukan lima teratas dikuasai pelumba Ducati Francesco Bagnaia, Jorge Martin, Marco Bezzecchi dan Johann Zarco.

Pada saat ini, Aprilia, KTM dan juga Honda mempunyai empat jentera dalam grid perlumbaan, manakala Yamaha memperatuhkan dua pelumbanya iaitu Fabio Quartararo dan juga Franco Morbidelli.

“Lapan jentera Ducati dalam grid terlalu banyak dan bagi saya enam sudah memadai. Menerusi peraturan baharu dan pengenalan perlumbaan pecut memberi kelebihan kepada Ducati kerana mereka dapat banyak data.

“Tiada siapa yang mahukan ‘Piala Ducati’. Malah, Carmelo Ezpeleta (Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports) lebih suka mempunyai empat jentera motosikal daripada setiap pengeluar dalam grid perlumbaan.

“Kami tidak mahu mencari alasan untuk tidak berdaya saing. Tetapi, itu adalah peraturan. Peraturan teknikal perlu disemak semula dan tumpuan kami adalah tertumpu kepada peraturan baharu untuk 2026,” kata Jarvis. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/18/hadkan-jentera-ducati-di-litar-motogp/

Pages: [1]
View full version: Hadkan jentera Ducati di litar MotoGP


ADVERTISEMENT