tatod Publish time 17-8-2023 05:27 PM

Isteri Geram Suami Tak ‘Bermanja’ Lepas Ketagih Main Monopolygo

Seorang wanita meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap sikap suaminya yang ketagih dengan permainan MonopolyGo di telefon pintar sehingga mengabaikan masa bersamanya.


Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian di Twitter @brgsjks yang memuat naik luahan wanita tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/17/172708gwhwghbzhg6bpt66.png



Menurut wanita itu, ketagihan suaminya itu yang berusia 30 tahun masih berlanjutan meskipun sudah ditegur beberapa kali sebelum ini.


“Suami saya tengah ‘gian gila’ main MonopolyGo. Siap buat akaun beberapa akaun Facebook semata-mata nak dapatkan ‘dice rolls’ (balingan dadu).


“Bengang tahu tak sampai buat aktiviti sama-sama pun dia tak fokus sebab sebelah tangan sibuk main ‘game’. Kadang-kadang tengah syok bercerita, tiba-tiba marah sebab ada orang hancurkan bangunan dia.


“Sampaikan malam nak tidur pun dah tak ‘cuddle’ (bermanja) sebab dua-dua tangan sibuk pegang telefon,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.


Sehubungan itu, wanita berkenaan meminta pandangan orang ramai mengenai apa yang harus dilakukan bagi menangani masalah terbabit.


“Dah tegur baik-baik, marah, perli sebab tak suka dia main lebih-lebih sangat. Semua tak jalan. Tolong bagi pandangan,” ujarnya.


Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata ramai memberikan pelbagai nasihat yang boleh digunakan oleh wanita terbabit.




Sumber: Kosmo! Online

KamikuP Publish time 18-8-2023 10:59 AM

Ok le tu main monoply dari main pompuan lain. Mana ko nak haa pompuan? ekekekekeke

macaronidead Publish time 22-8-2023 03:21 PM

Thank you for sharing this informative article. skibidi toilet

Markonah_7 Publish time 22-8-2023 03:28 PM

Susah kalau dah ketagih macam ni..
Kalau budak lagi solution dia jangan bagi main fon..mungkin boleh guna untuk suami jugak
Bagi pakai fon ala nokia tekan tekan tu je

NadiaEira Publish time 3-11-2023 05:29 PM

Topik ini sangat baru, terima kasih skibidi toilet kerana berkongsi. Saya telah mempelajari lebih lanjut mengenainya.

NurAin05 Publish time 17-11-2023 05:41 PM

Tak paham lah lelaki yang ketagih game ni, lagi-lagi yang dah kahwin.:dizzy:

dotyhughes117 Publish time 27-1-2024 01:58 AM

Thanks for listing those apps. I actually found several ones that I think will be useful for me.

cement rendering sutherland

rubewrenn269 Publish time 27-1-2024 01:59 AM

Your article is very informative, interesting and useful.

boring water sydney

HuoJingJue Publish time 28-1-2024 09:09 AM

ajak laki main poligami go pulak..ewahh
Pages: [1]
View full version: Isteri Geram Suami Tak ‘Bermanja’ Lepas Ketagih Main Monopolygo


ADVERTISEMENT