mattzzx Publish time 17-8-2023 01:45 PM

Hakim Danish buru podium di Austria

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/1lead-Hakim-Danish.jpg
HAKIM DANISH bertekad untuk menamatkan kemarau podium di Austria hujung minggu ini selepas kali terakhir melakukannya di Portugal pada Mac lalu.

SELEPAS bergelut dengan pres­tasi, pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli kembali dengan semangat baharu apabila bertekad menjelmakan podium pada perlumbaan Red Bull Rookies Cup di Austria hujung minggu ini.

Hakim Danish mengakui, telah menekan butang ‘reset’ akibat prestasi kurang memuaskan bulan lalu dan kini meningkatkan latihan bersama pasukan ZK Racing di tanah air untuk bangkit mencari rentak tunggangannya semula.

Katanya, dia kini tidak sabar untuk memulakan perlumbaan di Red Bull Rookies Cup ter­utama bersaing pada kelompok hadapan dan seterusnya mencari ruang untuk menaiki podium.

“Saya telah melakukan persiapan cukup baik dengan menja­lani latihan bersama pasukan ZK Racing untuk memantapkan lagi fizikal dan mental menghadapi perlumbaan pusingan keenam Red Bull Rookies di Litar Red Bull Ring, Austria minggu ini.

“Saya bersemangat untuk memberikan persembahan terbaik kerana saya telah lupakan episod kekecewaan bulan lalu. Menjelang saingan di Red Bull Ring nanti, saya yakin mampu berada dalam kelompok lima terbaik dan berjuang untuk berada di podium,” katanya selepas berlepas ke Austria malam kelmarin.

Selepas tamat saingan di Assen, Hakim Danish kini berada di kedudukan kesembilan ke­seluruhan dengan 67 mata de­ngan kali terakhir dia menaiki podium tempat ketiga sewaktu pusingan pembuka tirai di Portugal pada Mac lalu.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang berada di kedudukan ke-15 keseluruhan dengan 30 mata, turut memasang harapan besar untuk menaiki podium pertamanya musim ini.

“Saya pernah berada dalam kelompok lima terbaik dan bersaing di kelompok depan tahun lalu di Red Bull Ring. Jadi minggu ini saya akan lebih agresif dan berani pada awal perlumbaan agar mampu memberi tentangan mendapatkan kedudukan lebih baik,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/08/17/hakim-danish-buru-podium-di-austria/
Pages: [1]
View full version: Hakim Danish buru podium di Austria


ADVERTISEMENT