tari Publish time 17-8-2023 11:52 AM

Paras empangan susut akibat kemarau, Istanbul gesa penduduk jimat air

https://assets.bharian.com.my/images/articles/paip_air_1692243739.jpg

ISTANBUL: Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu semalam menggesa hampir 16 juta penduduk bandar ini supaya mengamalkan langkah penjimatan air berikutan musim kemarau sedang melanda.
Isi padu empangan di Istanbul kini hanya sekitar 33.37 peratus, malah menyaksikan penurunan berterusan, lapor Xinhua.
Kadar pengisian 10 empangan yang membekalkan air ke Istanbul mencapai 61.87 peratus pada Ogos tahun lalu, menurut data rasmi Pentadbiran Air dan Pembetungan Istanbul (ISKI).
Justeru, ISKI mengesyorkan senarai langkah penjimatan air untuk penduduk, termasuk membaiki pili air serta memendekkan masa di dalam bilik mandi selama satu minit yang mana ia masing-masing mampu menjimatkan enam dan 16 tan air setahun. – BERNAMA-XINHUA sumber

Pages: [1]
View full version: Paras empangan susut akibat kemarau, Istanbul gesa penduduk jimat air


ADVERTISEMENT