tari Publish time 17-8-2023 09:39 AM

Dua suspek militan maut di Pattani

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HMpatani2206_1692196727.jpg
Polis memeriksa kawasan jenayah di Pattani. - Foto hiasan AFP

PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam kejadian berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
Ketua Polis Wilayah Pattani, (Polis) Major Jeneral Archan Chansiri, berkata pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat persembunyian dua anggota militan di Kampung Koh Morkaeng, Nong Chik, kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) hari ini.
"Kami telah berusaha memujuk dua lelaki yang bersembunyi dalam rumah terbabit untuk menyerah diri namun gagal. Mereka telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan ketika cuba melarikan diri.
"Insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit. Apabila keadaan reda, kami menemukan satu mayat di perkarangan rumah.
"Satu lagi insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan). Pasukan keselamatan menemukan satu lagi mayat di tingkat dua rumah itu," katanya.

Beliau menambah kedua-dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun itu mempunyai tujuh waran tangkap di Pattani membabitkan kes tembakan dan pengeboman. – BERNAMA
sumber

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:45 PM

semoga dijauhkan dari negara kite
Pages: [1]
View full version: Dua suspek militan maut di Pattani


ADVERTISEMENT