tatod Publish time 16-8-2023 04:58 PM

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Ampang: Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.


Hakim Norhazani Hamzah memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memaklumkan pihaknya memohon Safiey, 29, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/16/165801a88n9t88nw93omtt.png



"Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan itu dan wang jaminan dikembalikan," katanya.


Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu dibuat atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah Pahang dan Johor memandangkan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.


"Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah ini, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang-alik," katanya.


Peguam Harjeet Singh Sidhu yang mewakili Safiey bagaimanapun memohon usahawan itu dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.


Harjeet berkata, kes terhadap anak guamnya sudah tergantung agak lama dan dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang, tahun lalu.


"Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sesi penghujahan kedua-dua pihak berkaitan bantahan awal pihak pembelaan terhadap dua daripada empat pertuduhan yang disifatkan cacat dan mengandungi butiran tidak lengkap," katanya.


Pada 24 Julai lalu, Harjeet mengemukakan bantahan awal secara lisan terhadap kedua-dua pertuduhan atas alasan pertuduhan itu cacat kerana tidak menyertakan butiran khusus yang menjadi asas pertuduhan yang dihadapinya.


Peguam itu menyatakan, dua daripada empat pertuduhan itu cacat kerana tidak menjelaskan butir-butir komunikasi seksual yang didakwa berlaku antara tertuduh dengan kedua-dua remaja berkenaan.


Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.


Usahawan kosmetik itu yang popular dengar lagu 'Syinta Gila' turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.


Safiey didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi pada 9 Jun 2021.


Sementara itu, Safiey ketika dihubungi, dia bersyukur selepas mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan itu.


"Alhamdulillah, saya dilepaskan daripada empat pertuduhan berkenaan selepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah.


"Saya hairan apabila pihak pendakwaan gagal mengemukakan apa yang sepatutnya menjadi hak pasukan peguam saya untuk meneliti video berkenaan," katanya.


Katanya, dia sudah bersedia sekiranya akan dituduh di Temerloh, Pahang dan Johor.


"Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini," katanya.




Sumber: Harian Metro

jihyomelly Publish time 16-8-2023 05:26 PM

lps ni boleh la menggila balik

Perawankota Publish time 16-8-2023 07:27 PM

Dah lama dia menyepikan?
Pages: [1]
View full version: Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual


ADVERTISEMENT