mattzzx Publish time 16-8-2023 01:13 PM

Pelumba Eropah lebih kompetitif – Hakim Danish

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/08/AKEEM-e1692104670945.jpg
HAKIM Danish berazam tidak mengulangi kesilapan sama dalam perlumbaan akan datang. - Ihsan ZK Racing




PETALING JAYA: Bukan mudah bersaing dengan pelumba Eropah dan jurang tersebut dapat dirasai pelumba remaja Malaysia, Muhammad Hakim Danish yang berkelana di benua tersebut sejak awal tahun ini.

Walaupun, pernah beraksi di benua itu tahun lalu, tetapi musim ini, anak muda berusia 16 tahun tersebut berlumba secara tetap dan dia dapat berasakan perbezaan berlumba di Eropah berbanding di Asia.

“Memang berbeza dengan Asia Talent Cup, sejak saya menyertai European Talent Cup secara sepenuh masa pada tahun ini, saya dapat berasakan pelumba Eropah lebih kompetitif.

“Ramai yang laju dan agak agresif, saya cuba bersaing dengan mereka,” kata Hakim Danish kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas perbezaan beraksi di pentas Eropah dan Asia di sini, semalam.

Hakim Danish yang merupakan pelumba Malaysia pertama menjuarai Asia Talent Cup pada musim lalu dihantar berkelana di Eropah bermula awal tahun ini sebagai pendedahan sebelum terjun ke perlumbaan yang lebih kompetitif di peringkat senior apabila sampai masanya nanti.

Setelah lebih enam bulan di Eropah, anak jati Kuala Terengganu itu yang bersaing dalam European Talent Cup dan Red Bull Rookies Cup berjaya mencatat keputusan podium dalam kedua-dua perlumbaan tersebut yang dilakarnya pada aksi pembuka tirai musim 2023 di Portugal.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/a253ce08-3227-4191-a235-0e0934be4551-600x400.jpg

Namun, prestasi yang tidak konsisten menyaksikan Hakim Danish bergelut untuk mengulangi pencapaian sama dalam pusingan seterusnya dan lebih membimbangkan, dia kerap terjatuh serta tidak dapat melengkapkan perlumbaan.

Mengulas mengenai kelemahannya itu, Hakim Danish mengakui, dia kadang kala terjatuh dalam perlumbaan dan sedang berusaha memperbaiki kekurangannya itu.

“Saya cuba belajar daripada kesilapan dan akan perbaiki dalam perlumbaan akan datang. Saya kadang-kadang terlebih aksi menyebabkan saya terjatuh,” akuinya jujur.

Hakim Danish berkata, dia perlu bijak menyusun strategi dalam perlumbaan kerana itulah kelebihan yang dimiliki pelumba Eropah dan tidak mengulangi kesilapan sama antara azamnya untuk aksi berikut di Red Bull Ring, Austria, hujung minggu ini.

Pelumba itu kini mengumpul 67 mata dan menghuni kedudukan kesembilan dalam saingan Red Bull Cup Rookies, manakala, pada European Talent Cup, Hakim Danish menghuni kedudukan ke-17 dengan 24 mata.
https://www.utusan.com.my/sukan/2023/08/pelumba-eropah-lebih-kompetitif-hakim-danish/
Pages: [1]
View full version: Pelumba Eropah lebih kompetitif – Hakim Danish


ADVERTISEMENT