CARI-MAL Publish time 15-8-2023 05:18 PM

Tuan Kereta Rasa Dibuli Kawan-Kawan Sebab Kena Bayar Sekali Duit Minyak Pergi Travel

Sudah menjadi 'adat' bagi kebanyakan mereka yang berjalan bersama rakan-rakan untuk membahagikan perbelanjaan sama rata apabila melakukan aktiviti berkumpulan.


Lain pula dengan lelaki ini yang meluah rasa tidak puas hatinya apabila rakan-rakan melibatkan dirinya ketika membahagikan kos perjalanan secara sama rata.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/15/171313uy556s15d1p3f0p1.jpgGambar hiasan




"Saya dengan kawan-kawan nak pergi trip ke Pulau Perhentian dan rancang nak guna kereta saya. Duit tol bahagi antara mereka tapi duit minyak mereka nak bahagi termasuk saya sekali.


"Saya nak tanya, memang sepatutnya macam tu? Sebab saya dah contribute kereta jadi I rasa minyak dan tol patut bahagi antara mereka sahaja.


"Jadi saya tak perlu bayar apa-apa... atau saya yang salah," luahnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/15/171313fzdhr7yzlyy7y3ll.png



Pertanyaannya itu kemudian dikongsikan akaun Twitter Shabina sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.


Rata-ratanya menyifatkan individu terbabit sebagai kedekut dan terlampau berkira dengan rakan-rakannya sendiri.


"Tak pernah lagi pergi trip bahagi minyak atau tol tak termasuk pemandu. Cuma selalunya, penumpang akan belanja pemandu tu makan... kalau macam tu berkira, sewa kereta dan bahagi sama rata.


"Kalau aku, kira sekali... lebih kurang tu halal. Kira sedekah kalau ada lebih daripada bahagian aku.


"Selalu guna kereta saya dan kami bahagi duit tol, minyak, makan serta hotel sama rata. Disebabkan pakai kereta saya, mereka faham yang saya tanggung segala servis... jadi mereka selalu belanja saya makan.


"Jangan kawan dengan orang macam ni, nampak sangat jenis berkiranya... aku tak pernah terfikir sampai macam ni, baik sewa kereta dan selesai masalah," ujar beberapa warga maya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/15/171319w8365f9yq7va8p63.jpg



Bagaimanapun, sebilangan lagi bersetuju dengan luahannya berikutan kos servis, kerosakan mahupun saman akan ditanggung sepenuhnya pemilik kenderaan.




Sumber: mStar

Perawankota Publish time 15-8-2023 08:52 PM

Tu kadang2 malas nk pi trip ramai2 sebab mesti ada yg kali mengelat or berkira…

mawardia Publish time 15-8-2023 10:14 PM

Errrr... kawan2 I ols selalunya tak kasi I ols keluar 1 sen pun sebab I ols dah bawak kereta. They will pay all costs. Termasuk makan dan minyak. Sebab diaorg tak bg kereta kan. And tak drive pun. Kalau dgn kengkawan I ols camtu lah.

AcikCleaner Publish time 16-8-2023 09:47 PM

Kalo i ngn kwn² memang biasanya kita bahagi duit minyak n tol sesama penumpang..sebab owner kereta dah susah payah drive n guna kereta dia sendiri

t_hahahaha Publish time 16-8-2023 11:06 PM

betul juga kan. memasing kene la pikir logik akal la juga. tapi gitu laa yang bawak kete tu memang kene korban lebih.

swimswim Publish time 17-8-2023 05:39 PM

Owner dah la penat kena drive, service n parts pun duit sendiri. Minyak tu patut dia xyah byr la.

isseliparjepun Publish time 17-8-2023 07:23 PM

AcikCleaner replied at 16-8-2023 09:47 PM
Kalo i ngn kwn² memang biasanya kita bahagi duit minyak n tol sesama penumpang..sebab owner kereta...

I pun macam ni. Driver dan keretanya kita exclude. Member pun happy nak offer kereta dia. Tapi trip biasanya 3 4 orang je. Kalau 1 kereta himpit 5 orang, memang hangin le member tu, kereta dia, dia drive. :sweat3:

bottombikini Publish time 18-8-2023 08:42 PM

laa..aku tak tau benda ni bole jadi hal :lol:
sbb selalu travel dgn kwn2 kami bahagi sama rata walaupun mmg aku je la yg drive pon


Zeatyisaac Publish time 20-8-2023 01:10 PM

I pun ada kawan yang macam ni. Kereta, I, minyak I. Kereta dia pun minyak I. Ko rasa?

makita Publish time 20-8-2023 04:55 PM

Edited by makita at 20-8-2023 04:56 PM

Pernah kene, bila dah selesai urusan dan hantar semula ke rumah masing2 boleh pulak member mintak pulangkan separuh duit myk yg dia bagi. Seremban -KL- Seremban share sorg RM20 je boleh mintak meols pulangkan RM10 hahaha. Masa tu zaman baru grad. Boleh pegi mampus kauhahahah

CiliPadiSedap Publish time 20-8-2023 05:59 PM

mawardia replied at 15-8-2023 10:14 PM
Errrr... kawan2 I ols selalunya tak kasi I ols keluar 1 sen pun sebab I ols dah bawak kereta. They w ...

yg ni sepatutnya. mngkn owner kereta terpaksa keluar kos sendiri tukar tayar for safety purpose untuk jalan jauh? mngkn servis kereta.

kalau kaka 4 seat belakang kosong pun xpe asal bukan tahi hidung masin naik kereta kaka:lol:lg satu from my self experience kalau keluar dgn bujang/ orang ada pasangan/ orang ada anak beza sangat masa..

orang bujang :
janji 9.30, jam 10.30 baru nak sarapan

orang ada pasangan :
janji 9.30, jam 10.30 bini baru nak iron tudung

orang ada anak:
janji 9.30.. jam 12 panggil kontraktor pecah pintu bilik pun masih sibuk layan didi and friends dengan anak. bodoh betul.cakap nak pergi tapi sidai berjam. tak nak pergi or cakap jam masa nak gerak kan boleh. celaka betul kaki sidai. ( tak salah ada anak kecik nak jalan2 tp bgtahulah anggaran masa jangan sidai orang)

kaka jenis jaga masa. sbb ada banyak benda dalam fikiran driver or co driver. contoh traffic jem. nak bawa lalu jalan mana. nak check in mana.


mawardia Publish time 20-8-2023 07:40 PM

CiliPadiSedap replied at 20-8-2023 05:59 PM
yg ni sepatutnya. mngkn owner kereta terpaksa keluar kos sendiri tukar tayar for safety purpose un ...

Kawan I ols pulak jenis terlampau punctual. I ols pulak yg ketakutan nak lambat. Hahahaha. So kalau nak berjalan dgn kengkawan I ols selalu I ols yg kena persiapkan mental supaya bangun awal and smpai tepat pd masa. Pasal kereta lak, memang I ols yg akan pegi srvis and check tayar semua before berjalan. So theyols memang paham bahasa and akan sponsor I ols.

CiliPadiSedap Publish time 20-8-2023 07:58 PM

mawardia replied at 20-8-2023 07:40 PM
Kawan I ols pulak jenis terlampau punctual. I ols pulak yg ketakutan nak lambat. Hahahaha. So kala ...

patutlah dia orang bayar. alhamdulillah {:1_152:}

LadyCarefree Publish time 21-8-2023 06:31 AM

bottombikini replied at 18-8-2023 07:42 PM
laa..aku tak tau benda ni bole jadi hal
sbb selalu travel dgn kwn2 kami bahagi sama rata walau ...

Laaaaa cari kawan2 baru. LOL

midori888 Publish time 21-8-2023 01:24 PM

Edited by midori888 at 21-8-2023 01:27 PM

pnh berlaku kat kawan adik meols...parents dia jenis berduit, jd kawan2 dari family B40 amik kesempatan, suh dia drive ke Penang, duit minyak & tol semua dia tanggung. Masa tu diorg baru abis SPM, adik meols tak join. Yg berduit tu bapa dia, bukan dia...sanggup diorg amik kesempatan kat kat kawan sendiri...dgn adik meols diorg tak berani...tapi kawan dia nie diorg berani membuli...
Lps tu kawan adik meols travel dgn dia jer...senang bole lebih kurang dan tak amik kesempatan...


Pages: [1]
View full version: Tuan Kereta Rasa Dibuli Kawan-Kawan Sebab Kena Bayar Sekali Duit Minyak Pergi Travel


ADVERTISEMENT