tatod Publish time 15-8-2023 03:15 PM

Boleh Saman Tunang Kalau Batal Kahwin

Kalau sudah tertulis bukan jodoh, beberapa jam sebelum pernikahan pun mungkin bakal mempelai bertindak membatalkan majlis tersebut atas hal-hal tertentu.


Pun begitu, menerusi penerangan seorang peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok, individu yang berdepan masalah tunang mereka membatalkan perkahwinan, boleh mengambil tindakan saman dengan membawa kes tersebut di mahkamah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/15/151329oo32yabyc55724a2.png



Bagaimanapun mereka harus memastikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan saman.


“Ya anda boleh (saman), tapi harus ingat perkara berikut. Pertama, anda perlu pastikan ada perjanjian yang jelas untuk berkahwin, contohnya jika kedua-dua pihak sudah menghantar kad jemputan kahwin.


“Antara ganti rugi boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga persiapan perkahwinan.


"Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini.


7266409079613000961


Beliau berkata, perjanjian yang memungkinkan mereka untuk berkahwin itu boleh dituntut melalui Mahkamah Syariah bagi orang Islam, manakala mahkamah sivil untuk mereka yang bukan Islam.


“Ingat, jangan mudah berjanji jika kita tidak dapat menunaikannya,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online, TikTok Lawyer Gandhi

mamajawie Publish time 15-8-2023 03:31 PM

ML sila saman SK..agitchuuuuu

prince_marhaen Publish time 15-8-2023 03:40 PM

capik...blakang sikittt....nak tengoookkk~~~ ehehehe

laksmanabentan Publish time 15-8-2023 04:19 PM

mamajawie replied at 15-8-2023 03:31 PM
ML sila saman SK..agitchuuuuu

saman jer.. memalukan famili perempuan aja....

mamajawie Publish time 15-8-2023 05:04 PM

laksmanabentan replied at 15-8-2023 04:19 PM
saman jer.. memalukan famili perempuan aja....

kan..beria siap tinggal lagi smiggu trus batal..apooo

AkokKocik Publish time 15-8-2023 05:52 PM

Pernah baca somewhere, blh saman tuntut balik wang triple.

laksmanabentan Publish time 15-8-2023 05:57 PM

AkokKocik replied at 15-8-2023 05:52 PM
Pernah baca somewhere, blh saman tuntut balik wang triple.

boleh mcm dulu ada pernah tu... pemain badminton Roslin Hashim pernah..
Maria Tunku Sabri juga pernah menang saman juga..



Pages: [1]
View full version: Boleh Saman Tunang Kalau Batal Kahwin


ADVERTISEMENT