Raline Publish time 15-8-2023 01:52 PM

Berlakon hebat, Kajol juga handal mengait

Berlakon hebat, Kajol juga handal mengait

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/KAJOL-MENGAIT.jpg
KAJOL berkongsi videonya nyenyak tidur berbalut selimut yang dikait sendiri.


SIAPA sangka bintang ikonik, Kajol mempunyai kemahiran dalam seni mengait yang hanya dimiliki individu tertentu terutama mereka yang meminati seni kraftangan.

Dalam kesibukan memenuhi jadual penggambaran filem dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu, aktres itu sempat melakukan kerja seni yang digemari.

Terbaharu, Kajol memuat naik video sedang tidur dengan selimut daripada benang bulu yang dikait sendiri.

Sudah tentu pengikut laman Instagramnya kagum kerana tidak menyangka selebriti sesibuk Kajol sempat memperuntukkan masa demi minat.

Ternyata, isteri kepada aktor Ajay Devgan tersebut sangat berbakat besar bukan sekadar sebagai pelakon, bahkan dalam cabang seni lain.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/15/berlakon-hebat-kajol-juga-handal-mengait/

Pages: [1]
View full version: Berlakon hebat, Kajol juga handal mengait


ADVERTISEMENT