tatod Publish time 14-8-2023 09:54 PM

Lelaki Dijumpai Meninggal Dunia Dalam Rumah, Dikunci Dari Luar Oleh ‘Owner’ Sebab Berbulan Tak Bayar Sewa

Bau pelik membongkar penemuan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun dalam sebuah rumah di kondominium di Petaling Jaya.


Lebih memeranjatkan, mayat itu dijumpai di dalam rumah yang dikunci dari luar oleh pemilik kediaman terbabit gara-gara sudah 3 bulan tidak membayar sewa.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/14/215351k696rf7fqfnqq9fb.png



Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, dia tidak dapat meminta bantuan kerana tiada wang untuk tambah nilai telefon bagi membuat panggilan.


Dalam pada itu, tuan rumah berkenaan menafikan sengaja mahu mengurung mangsa sebaliknya tidak tahu keberadaannya di dalam ketika mengunci pintu rumahnya pada 2 Julai lepas.


Katanya, mangsa sudah dihubungi lebih dari 30 kali namun tidak mengangkat dan disebabkan itu pemilik terbabit tidak memecah masuk untuk periksa jika penyewanya ada di dalam.


Dia turut mempersoal mengapa mangsa tidak mencari jalandan mendakwa ada cara lain untuk keluar dari unit itu iaitu menerusi balkoni di ruang tamu atau dapur (yang berdekatan dengan unit lain).


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati penyewa meninggal dunia akibat serangan jantung, bukan disebabkan kelaparan.


Tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.






Sumber: Beautifulnara, Goody!

mawardia Publish time 14-8-2023 10:13 PM

I tak caya statement owner rumah.

doubleA Publish time 14-8-2023 10:52 PM

Kalau ya pun owner sebelum solex tu buka la dulu check rumah konfiden p solex

Carcosa Publish time 15-8-2023 12:24 AM

Ya hamponnnnn. Si tuan rumah poonnn.
Taulah sakit hati kalau penyewa tak bayo. Tapi jgnlah kau mangga terus gitu tanpa chk kat dlm. Gilos. Kalau terbakar ke? Haiyooooo.
Dulu masa meols kecik, meols ingat lagi rumah sebelah kitorang, penyewa tak bayar sewa brp bulan tah. Owner pandai, dia sorok2 tunggu penyewa tu keluar kerja semua org, dia masuk cepat2 dgn movers, dicampak nya brg2 penyewa dkt luar rumah. Thennnn dia lock. Haaaa gitu lah baru betul. Menggelupur neighbour tu balik, tgk brg2 dah bergentayangan dpn rumah

sambaldurian Publish time 15-8-2023 12:35 AM

Jenis rumah xde jiran sebelah ke apa.x minta tolong ke. ke jiran jenis 'rumah kongsi anak2 dara' . Manusia pun klu x mampu nk byr sewa, keluar je awal2. Cari bilik lg murah. Merantau g negeri lain lak.

lanacondor Publish time 15-8-2023 07:36 AM

Mgkin dah lama tolak ansur. Call xberangkat ckp tgh kje. Tuan rumah Pon kunci je la rumah. Kalau xmampu bincang elok2 dgn tuan rumah. Kalau dh xmampu sgt g tumpang rumah kwn2 or sedara mara

Themilo Publish time 15-8-2023 07:53 AM

meninggal sebab serangan jantung uols. lock ke, tak lock ke, memang dah tak boleh buat apa.

chipsmoremore Publish time 15-8-2023 08:19 AM

igt kat indon rupanya di PJ

KamikuP Publish time 15-8-2023 08:21 AM

Ngerinyer.. tu najis manusia ke tu? Mesti mati dlm keadaan terseksa khuenzz cuolls.. anyway bangsa apa ni?

damieniman88 Publish time 15-8-2023 08:56 AM

kot masa time owner nk lock tu.. tetiba penyewa terus sakit jantung.. tak sempat nk kabor katenye

prettyuglybabe Publish time 15-8-2023 11:51 AM

mesti owner dengan penyewa sepet..
bau ikan sangat statement owner..
sah-sah kau memang sengaja lock sebab nak suruh tenant bayar..
la ni hadap la suwei bila orang mati dalam rumah..
Pages: [1]
View full version: Lelaki Dijumpai Meninggal Dunia Dalam Rumah, Dikunci Dari Luar Oleh ‘Owner’ Sebab Berbulan Tak Bayar Sewa


ADVERTISEMENT