tari Publish time 14-8-2023 09:43 PM

Maghribi catat rekod suhu tertinggi, melepasi 50 darjah Celsius

https://assets.bharian.com.my/images/articles/TOPSHOT-MOROCCO-FIRE_1691983682.jpg
Pesawat tentera laut Maghribi menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di Tangier, ketika bahang panas melampau melanda negara itu. - Foto AFP

RABAT: Maghribi mencatat rekod suhu tertinggi iaitu melepasi 50 darjah Celsius buat pertama kali, kata perkhidmatan meteorologi negara Afrika Utara itu semalam, di tengah-tengah gelombang cuaca panas terik.
Menurut Direktorat Am Meteorologi, Jumaat lalu stesen meteorologi di bandar pantai selatan Agadir mencatatkan rekod kebangsaan baharu iaitu 50.4 darjah Celsius.
Maghribi berdepan beberapa siri gelombang haba sepanjang musim panas dengan bacaan suhu tinggi, melepasi rekod sebelumnya.
Menurut perkhidmatan cuaca, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 13 Julai lalu, iaitu 49.9 darjah Celsius, di bandar Smara, Sahara Barat.
"Gelombang haba ini disebabkan kemasukan udara kering dan panas dari selatan. Ia menyebabkan kenaikan suhu yang ketara, melebihi purata bulanan iaitu sebanyak lima hingga 13 darjah Celsius," kata pihak berkuasa meterologi dalam satu kenyataan.
Gelombang haba turut menyebabkan tercetusnya kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu di utara Maghribi, berhampiran Tangier dan lebih jauh ke timur di wilayah Taza.
Menurut wartawan AFP, tragedi itu mengakibatkan kemusnahan hutan, namun setakat ini ia tidak menyebabkan kematian.
Menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah, cuaca paling panas pernah direkodkan di bumi adalah pada Julai lalu, apabila ia melepasi rekod sebelumnya, iaitu pada Julai 2019, sebanyak 0.33 darjah Celsius.
Maghribi berada pada kedudukan keempat paling panas pada bulan lalu.
jabatan kaji cuaca meramalkan sedikit penurunan suhu dalam beberapa hari akan datang merentasi bahagian utara Afrika Utara. - AFPsumber

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:46 PM

burning fireeee
Pages: [1]
View full version: Maghribi catat rekod suhu tertinggi, melepasi 50 darjah Celsius


ADVERTISEMENT