tari Publish time 14-8-2023 09:35 PM

Sekurang-kurangnya 18 maut akibat hujan lebat di Himalaya

https://assets.bharian.com.my/images/articles/malaya14_1692001784.jpg
Antara kawasan terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Himalaya, India - Foto ihsan Twitter Sukhvinder Singh/Dawn Today’s Paper

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 penduduk terbunuh manakala puluhan lain lagi terperangkap atau hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Himalaya, dekat sini, semalam.
Hujan lebat luar biasa dan glasier yang mencair membawa banjir kilat ke pergunungan India dan negara jiran Pakistan serta Nepal, selain mengorbankan banyak nyawa.
Rakaman televisyen dari Himachal Pradesh di India menunjukkan berlaku runtuhan rumah akibat tanah runtuh manakala bas dan kereta tergantung di pinggir jurang.
Ratusan penduduk kini berada di kem perlindungan ketika pekerja kecemasan bergelut untuk membersihkan serpihan tanah runtuh.
Ketua Menteri, Sukhvinder Singh, dalam satu ciapan di X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, berkata laporan kejadian tanah runtuh muncul dari pelbagai negeri ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda berharga.
"Sekali lagi, tragedi menimpa Himachal Pradesh, dengan hujan berterusan sepanjang 48 jam yang lalu.
"Jumlah kematian dilaporkan meningkat hari ini," katanya ketika memeriksa beberapa kerosakan.
Singh berkata dalam satu insiden paling buruk, sebuah kuil runtuh di Shimla dan penyelamat menarik keluar sekurang-kurangnya sembilan mayat.
Sekolah dan institusi pendidikan lain diarah tutup manakala mereka yang dalam bahaya dipindahkan ke tempat perlindungan, kata pegawai negeri.
Jabatan Meteorologi India, berkata sebahagian negeri menerima hujan sebanyak 273 mm dalam masa 24 jam.
Pegawai pengurusan bencana negeri, Praveen Bhardwaj, berkata ini adalah kali pertama mereka melihat beberapa insiden hujan lebat dan kerosakan yang meluas di negeri ini.
Di Solan, banyak rumah musnah selepas hujan lebat yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.
"Di daerah Mandi, seorang ibu dan anaknya terbunuh apabila rumah mereka runtuh," katanya.- REUTERSsumber



Pages: [1]
View full version: Sekurang-kurangnya 18 maut akibat hujan lebat di Himalaya


ADVERTISEMENT