tatod Publish time 14-8-2023 08:32 PM

Lelaki Gila Seks, Rakam Wanita Buang Air Dalam Tandas Stesen Minyak

Petaling Jaya: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia dirakam oleh seorang lelaki ketika sedang membuang air kecil di sebuah tandas stesen minyak.


Menerusi perkongsian mangsa yang menggunakan akaun TikTok @zaujatiaiman semalam, dia memberitahu, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah stesen minyak Jalan Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/14/203156s51r9pzq3500dgcg.pngTangkap layar kejadian yang dikongsikan.




“Selepas meletakkan kereta berhampiran dengan pam tayar dan meminta suami untuk tolong pam tayar, saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori.


“Semasa hampir selesai membuang air kecil, saya terdengar ada sesuatu yang terhempas. Kerana terkejut, saya terus bangun dan memakai semula seluar,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.


Bercerita lanjut, wanita itu berkata, dia sangat terkejut apabila mendapati terdapat tangan dari arah atas pintu tandas sambil memegang telefon bimbit seperti sedang merakam.


“Apabila pandang ke atas, saya terkejut melihat tangan beserta telefon bimbit sedang merakam saya. Lalu saya menjerit meminta tolong dan terus keluar dari tandas.


“Suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya kemudian membantu dan beriaya menahan lelaki tersebut.


“Kerana panik, lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang diambil di dalam tandas tadi,” katanya.


Wanita itu turut memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut yang memaparkan pergerakan lelaki terbabit masuk ke dalam tandas wanita sebelum kekecohan berlaku.


Tambah wanita itu lagi, dia berjaya menahan lelaki terbabit dan merampas telefon bimbit yang digunakan untuk pemeriksaan.


“Saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya di dalam tandas tadi,” jelasnya.


Ujar wanita tersebut, suaminya kemudian menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan diberkas untuk siasatan lanjut dan dalam perkongsian akhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan buat kaum wanita yang ingin menggunakan tandas awam.


“Pesanan saya buat semua wanita, pastikan tandas awam itu betul-betul selamat baru gunakan dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan,” pesannya.




Sumber: Kosmo! Online

Ayda89 Publish time 14-8-2023 09:30 PM

Bodo la jantan2 ni. Orang tengah membuang pun sangap nak merakam. Lalu pulak tu tengok najis kecil najis besar eee….

Carcosa Publish time 15-8-2023 12:46 AM

Edited by Carcosa at 15-8-2023 12:48 AM

Knp tak pijak kan aje phone tu sampai pecah? :lol: Lepas tu pijak kan kepala dia sekali :lol: Apa sangap beno, org tgh berak pun nK tgk ke? Masukkan kepala dia dkt lubang tandas tu sebelum flush taik :lol: Tgk lepas tu dia selera tak nak masuk public toilet lepas tu :lol: Baru ada akal

Perawankota Publish time 15-8-2023 01:20 AM

Kenapalah berita selalu depan2 tulis Petaling Jaya.. Bila baca isi lokasi dekat Johor la, perak lah

clueless_gamer Publish time 15-8-2023 04:05 AM

tempat berita tu ditulis sis.. bukan tempat kejadian kekdahnya..

mmg ada org fetish mcm ni.. adrenaline junkies kunun

sebat je 15 kali org mcm ni.. biar terputus urat horny dia

lanacondor Publish time 15-8-2023 07:50 AM

Korg jgn xtau. Korg kencing berak kt kedai mamak Pon ada je video korg kt website porn.

BoongaKertas Publish time 15-8-2023 08:18 AM

fetish dia lain mcm. ape jadah seronok tgk org berry/wiwi weh? are u mental?

esbok Publish time 15-8-2023 09:17 AM

Perawankota replied at 15-8-2023 01:20 AM
Kenapalah berita selalu depan2 tulis Petaling Jaya.. Bila baca isi lokasi dekat Johor la, perak lah

Lama dah aku perasan benda ni, mmg style skarang ka apa?

Depan tu tulis tempat kejadian, bukannya tempat duduk penulis berita ketika menulis berita

mieyrasfea Publish time 15-8-2023 09:41 AM

Perempuan nak pegi mane semua kena berteman sekarang. Lelaki sekarang sangat menakutkan

evlinne Publish time 19-8-2023 01:40 PM

lanacondor replied at 15-8-2023 07:50 AM
Korg jgn xtau. Korg kencing berak kt kedai mamak Pon ada je video korg kt website porn.

Sbb tu x pernah kincin vera kt tempat2 awam
Sanggup pegi toilet mall sbb tu je yg selamat sket
Dah la tandas2 kt tempat awam ni mostly horror

MenjelangSenja Publish time 20-8-2023 08:18 PM

Dpat ape dohhh…nak video sangat kat online ada,
Menyusahkan idup org lain dan sia2 kan kehidupan ko sendiri

Markonah_7 Publish time 22-8-2023 03:47 PM

Manusia macam ni elok lah ditarik balik nikmat pancaindera yang diberi tuhan
Pages: [1]
View full version: Lelaki Gila Seks, Rakam Wanita Buang Air Dalam Tandas Stesen Minyak


ADVERTISEMENT