sfhzuraz Publish time 14-8-2023 01:50 PM

Allaudeen dilantik Ketua Polis KL

Allaudeen dilantik Ketua Polis KL


Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/alaudin_1691988719.jpg
Datuk Allaudeen Abdul Majid. FOTO Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuasa kuasa hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) itu mengganti Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan disaksikan Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad.
Azri berkata, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas Allaudeen, Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu untuk memikul tanggungjawab dan meneruskan agenda perancangan yang akan direncanakan demi mencapai tahap prestasi kontinjen yang membanggakan.
"Berbekalkan pengalaman yang ada pada beliau sebelum ini, ia pasti dapat membantu untuk menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
"Saya berharap semua warga Polis Kuala Lumpur dapat memberi kerjasama dan sokongan padu sepanjang kepimpinan beliau," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 14, 2023 @ 12:52pm




sumber




Pages: [1]
View full version: Allaudeen dilantik Ketua Polis KL


ADVERTISEMENT