tatod Publish time 12-8-2023 04:11 PM

Warganet Tularkan Foto Keluarga Lelaki 'Stalk' Jurufoto Wanita?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/12/161100hmxuz3wttzmim06q.png



Ramai warganet tercari-cari siapakah gerangan ahli keluarga Safiq serta tertanya-tanya tentang status mereka memandangkan lelaki tersebut bebas berbuat sedemikian bertahun lamanya.


Semalam seorang pengguna Twitter telah memuat naik sedikit maklumat membabitkan Safiq dan keluarga termasuklah foto keluarga itu.


Difahamkan, gambar-gambar itu diambil dari Facebook dan telah dimuat naik pada tahun 2016 ketika majlis pertunangan kakaknya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/12/161118yzbbaz3fappff6qz.jpg



Bukan itu sahaja, individu terbabit turut memuat naik swafoto Safiq bersama seorang lelaki dipercayai pensyarahnya ketika belajar di UiTM dahulu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/12/161135klncqn9zkk44h99g.jpg



Kes ini mendapat perhatian ramai di media sosial dan rata-ratanya mengikuti serta menunggu berita perkembangan terkini selepas Safiq akhirnya ditangkap dan dituduh di mahkamah.


Sebelum ini, Safiq mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.


Terdahulu, mahkamah memerintahkan agar Mohamad Safiq Rosli, lelaki yang didakwa mengintip jurufoto wanita, Acacia Diana selama 8 tahun untuk dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi mendapatkan rawatan.


Dia juga merupakan individu pertama yang didakwa mengikut undang-undang anti-menghendap Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan.




Sumber: Beautifulnara

airmineral Publish time 12-8-2023 04:41 PM

mmg kering hati laki ni ek
dgn bukti terang dan nyata blh dia xmrngaku bersalah?
cibai sgt perangai dgn tunggang ayat quran lagi

Samerosie Publish time 12-8-2023 05:41 PM

Jaya GroSSer mall.Tak tau pula dah tukar nama jaya grocer ni.

lanacondor Publish time 12-8-2023 06:37 PM

Yg setan dia. Attack die je dh la. Jgn korg pg malukan keluarga dia skali

doubleharmonic Publish time 12-8-2023 06:48 PM

padan muka ko babi. ko stalk orang boleh tetiba netizen stalk ko balik tak boleh pulak dah kenapa babi?

Tinot7 Publish time 12-8-2023 06:56 PM

Cian famili dia jadi mangsa..

miss_perfect Publish time 12-8-2023 07:21 PM

lanacondor: Yg setan dia. Attack die je dh ...

Betul... Tapi orang curious kenapa family dia tak buat apa-apa. Padahal Acacia tu ada kan contact family dia report perangai buruk si Sopert ni.

Ayda89 Publish time 12-8-2023 07:41 PM

Rasa kesian ada kat family dia. Tapi rasa patut pun ye pic family dia tersebar. Baru dia rasa bila orang stalk dia and family dia pulak. Rasakan kau

kaedahnya Publish time 12-8-2023 10:51 PM

lantak ko la. sepatutnya jantan macam ni dapat pompuan macam skandal shuk dulu tu. baru bertemu buku & ruas.

bunnyj3lly Publish time 12-8-2023 11:16 PM

I tak kesian kat family dia pun. Sebab bukan 8 hari kena stalk. Sampai kena sexual harassment. 8 tahun beb. Bapaknya pun ignore je mangsa mesej.

_kelly Publish time 13-8-2023 12:09 AM

kena buang keluarga ke sampai takde yg peduli langsung

mawardia Publish time 13-8-2023 02:53 AM

Sikit pun aku x kesian org reveal family si sopert ni. Enabler kot. 8 tahun acacia tu merana anak dia saiko acacia tu. Bkn acacia x bgtahu family dia. Bgtahu je but they did nothing. Apak nya siap ignore msgs si acacia tu. Takyah blur kan muka la. Biar org tahu family ni enabler. Rasakan la org korek psl korang pulak. Anak kau hantar video/pic melancap kat anak dara org kot. Mana muka kau nak letak.

airmineral Publish time 13-8-2023 06:38 AM

nk tgk sapa bapa dia yg ignore acacia tu

xde sapa² ke nak buat gile mcm anak dia tu p balas balik kt family dia

Whatsofunnyth Publish time 13-8-2023 09:29 AM

8tahun lelaki tu jdi stalker, acacia dh prnh report polis ke?

makneng Publish time 13-8-2023 01:23 PM

Sorry tak kesian dia and family dua kali lima, lima kali …….
Family sejenis enabler mmg selayak lah dilondehkan

nur123 Publish time 13-8-2023 07:00 PM

Whatsofunnyth: 8tahun lelaki tu jdi stalker,... dh report tp polis tak buat apa. xde akta. maybe sebab belum mencederakan lagi so lepas mcm Tu je

matjerk Publish time 13-8-2023 10:45 PM

Apa kes ni

KamikuP Publish time 14-8-2023 09:29 AM

Family stalker ni VIP dan kaya kah?

dekmieDandy Publish time 14-8-2023 12:27 PM

ramai yang expose family dia pasai 1) diorang tak buat apa-apa kat budak ni 2) diorang pelik kenapa lambat sangat nak tangkap, so syak family kabel cekang

Supersirap Publish time 14-8-2023 09:24 PM

dapat diviralkan secara percuma
Pages: [1] 2
View full version: Warganet Tularkan Foto Keluarga Lelaki 'Stalk' Jurufoto Wanita?


ADVERTISEMENT