tari Publish time 11-8-2023 03:21 PM

Thailand permudah permohonan visa tarik pelancong asing

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HMmaya0308_1691734369.jpg
Teluk Maya di pulau Phi Phi Leh adalah antara tarikan pelancong utama di Thailand. - Foto AFP

BANGKOK: Thailand sedang melonggarkan proses permohonan visanya dengan mengurangkan masa kelulusan dan dokumen yang diperlukan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing, kata seorang pegawai kerajaan pada Khamis
Kementerian Luar memudahkan permohonan visa pelancong, mengurangkan jumlah dokumen sokongan dan masa pemprosesan kepada tujuh hari bekerja daripada 14, kata timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek, lapor Xinhua.
Pelancong asing yang masuk ke negara Asia Tenggara itu meningkat seperti yang dijangka, walaupun pada luar musim, kerana kerajaan Thailand memberi penekanan kepada kemudahan pelancong dan aktiviti promosi, menurut Ratchada dalam satu kenyataan.
Minggu lepas, sebanyak 95,581 pelancong tiba dari China, diikuti oleh Malaysia, Korea Selatan, India dan Vietnam, menurut kenyataan itu.
hailand menyambut kedatangan 15.89 juta pelancong dari Januari hingga awal Ogos, dengan pendapatan lebih daripada 663 bilion baht (kira-kira RM87 bilion) daripada pelawat asing, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan.


Kerajaan itu berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 25 juta pelancong asing ditetapkan pada tahun ini berbanding 11.15 juta pada 2022 menurut kementerian itu. - BERNAMA-XINHUAsumber
Pages: [1]
View full version: Thailand permudah permohonan visa tarik pelancong asing


ADVERTISEMENT