tari Publish time 11-8-2023 12:35 PM

Cemas beruang terlepas dalam kargo pesawat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm11bear_1691725133.jpg
BERUANG terlepas daripada ruang simpanan dalam kargo pesawat. FOTO Tangkap Layar Video Agensi
Baghdad: Perdana Menteri Iraq mengarahkan siasatan dijalankan selepas beruang terlepas daripada peti di dalam kargo pesawat.
Huffpost melaporkan, pesawat itu sepatutnya berlepas dari lapangan terbang Dubai menyebabkan penumpang tidak berpuas hati dengan kelewatan dan menimbulkan kekecohan di laman sosial.
Iraqi Airways berkata pihaknya tidak boleh dipersalahkan kerana insiden itu dan kru pesawat bekerjasama dengan pihak berkuasa di Emiriah Arab Bersatu (UEA) , yang menghantar pakar untuk menenangkan haiwan itu dan mengeluarkannya daripada pesawat.
Klip video yang tular di laman sosial menunjukkan kapten pesawat memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan berlepas pada Jumaat kerana beruang itu terlepas dari petinya di tempat simpanan kargo.
Iraqi Airways dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan prosedur untuk mengangkut beruang itu dijalankan mengikut undang-undang dan mengikut piawaian yang diluluskan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Syarikat penerbangan itu berkata, beruang berkenaan diterbangkan dari Baghdad ke Dubai.
Bagaimanapun, seorang individu memberitahu pesawat itu lewat sejam untuk perjalanannya ke Baghdad dan penumpang diminta turun sehingga isu itu diselesaikan.
Sementara itu, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, yang paling sibuk di dunia untuk perjalanan antarabangsa, enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.
Jurucakap Iraqi Airways mengesahkan pada hari Ahad bahawa beruang itu, sebenarnya, sedang diangkut ke ibu negara Iraq.
Jurucakap yang tidak diberi kuasa untuk bercakap tentang perkara itu secara terbuka enggan menamakan pemilik haiwan berkenaan
Aktiviti memelihara haiwan pemangsa di Iraq terutamanya semakin popular dalam kalangan orang kaya di sini.
Pihak berkuasa sedang bergelut untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang untuk melindungi haiwan liar.
Polis Baghdad sebelum ini menyeru rakyat untuk membantu pihak berkuasa dalam menghalang haiwan daripada dilepaskan di jalan bandar atau berakhir sebagai makanan eksotik di restoran dengan melaporkan kes sedemikian.

Disiarkan pada: Ogos 11, 2023 @ 11:39am
sumber



Pages: [1]
View full version: Cemas beruang terlepas dalam kargo pesawat


ADVERTISEMENT