tari Publish time 11-8-2023 10:44 AM

Korea Utara bangunkan lebih banyak senjata nuklear - PBB

https://assets.bharian.com.my/images/articles/NORTHKOREA-SANCTIONS_UN_1691719708.jpg
Perarakan jentera pelancar peluru berpandu Korea Utara sempena memperingati ulang tahun ke 70 perjanjian damai Perang Korea. - Foto REUTERS

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan terkininya mendedahkan Korea Utara terus membangunkan senjata nuklear dan menghasilkan bahan asas nuklear pada 2023.
Laporan yang belum diterbitkan itu turut melaporkan bahawa negara berkenaan berjaya mengelak sekatan PBB yang bertujuan mengekang pembiayaan bagi program peluru berpandu nuklear dan balistik Pyongyang.
Pemantau sekatan bebas dalam laporan kepada Majlis Jawatankuasa Keselamatan PBB, turut mendedahkan penggodam Korea Utara berjaya mencuri mata wang kripto dianggarkan bernilai AS$1.7 bilion pada 2022.
Menurut laporan sama, sumber berkenaan dan hasil manipulasi pertukaran mata wang asing di seluruh dunia digunakan sebagai dana utama program nuklear Korea Utara.
Pemantau, yang membuat laporan kepada majlis itu dua kali setahun, sebelum ini pernah menuduh Korea Utara menggunakan serangan siber untuk membantu membiayai program nuklear dan peluru berpandunya.
Pemantau, yang membuat laporan kepada majlis itu dua kali setahun, sebelum ini pernah menuduh Korea Utara menggunakan serangan siber untuk membantu membiayai program nuklear dan peluru berpandunya.
Langkah-langkah berkenaan diperkukuhkan tahun demi tahun secara sebulat suara, namun badan 15 anggota itu kini buntu apabila China dan Russia mendesak supaya ia dilonggarkan bagi meyakinkan Pyongyang kembali kepada perbincangan nyah nuklear.
Pemantau sekatan PBB berkata penggodam yang bekerja untuk Biro Am Peninjau (RGB) Korea Utara, adalah agensi perisikan asing utama yang terus menggunakan teknik siber canggih untuk mencuri dana serta maklumat.
"Syarikat terbabit dalam urusan mata wang kripto, pertahanan, tenaga dan sektor kesihatan disasarkan secara khusus," katanya.
"Korea Utara juga terus mengakses sistem kewangan antarabangsa dan terbabit dalam operasi manipulasi kewangan haram," katanya.
Selain itu, pemantau melaporkan eksport arang batu haram berterusan dan 'pelbagai jenis langkah mengelak sekatan digunakan oleh kapal yang menghantar produk petroleum ditapis ke Korea Utara'.
Korea Utara juga dilaporkan memperoleh 14 kapal baharu, yang melanggar sekatan dikenakan PBB sekarang.
"Walaupun sebahagian besar sempadan negara masih ditutup, jumlah perdagangan meningkat, terutamanya disebabkan oleh penyambungan semula laluan kereta api.
Pelbagai jenis barangan asing muncul semula dengan cepat, lapor pemantau itu, sambil menambah bahawa mereka juga terus menyiasat import haram barangan mewah.
Pemantau itu berkata mereka sedang menyiasat dakwaan Korea Utara mengeksport peralatan komunikasi ketenteraan dan peluru dan 'kemungkinan penjualan senjata oleh Korea Utara atau jenis sokongan ketenteraan lain kepada negara anggota PBB. - REUTERSsumber

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:47 PM

jgn cari pasal dgn negara sana kah kah kah
Pages: [1]
View full version: Korea Utara bangunkan lebih banyak senjata nuklear - PBB


ADVERTISEMENT