sfhzuraz Publish time 10-8-2023 09:58 PM

Ketua Polis KL bakal Pengarah JSJ Bukit Aman

Ketua Polis KL bakal Pengarah JSJ Bukit Aman


Oleh Safeek Affendy Razali - Ogos 10, 2023 @ 9:26pm safeek@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/31suhaily_1691673978.jpg
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain. Foto fail NSTP



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bakal dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
Shuhaily yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Pulau Pinang, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur bermula 15 Mei lalu.
Pertukaran Shuhaily menjadikan beliau boleh dianggap sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang paling singkat iaitu dalam tempoh kurang empat bulan selepas arahan pertukaran adalah pada sebelum 30 Ogos ini.
Jawatan Pengarah JSJ itu kosong selepas Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, yang memegang jawatan itu dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, bermula 23 Jun lalu.
Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur, bakal diambil alih Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Allaudeen Abdul Majid dengan memangku pangkat Komisioner Polis.
Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, kekal jawatan sekarang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan pertukaran jawatan itu.
sumber





Pages: [1]
View full version: Ketua Polis KL bakal Pengarah JSJ Bukit Aman


ADVERTISEMENT