tari Publish time 10-8-2023 03:14 PM

3 maut di China ketika cuba larikan diri daripada banjir kilat

https://assets.bharian.com.my/images/articles/TOPSHOT-CHINA-WEATHER-FLOODS_1691649326.jpg
Penduduk tempatan menunggang skuter meredah banjir di bandar Zhuozhou, di wilayah Hebei, utara China. - Foto AFP

BEIJING: Banjir kilat tengah malam tadi yang melanda kawasan berbukit di barat laut China mengorbankan tiga daripada tujuh orang yang cuba menyelamatkan diri.
Tragedi terbaru itu meningkatkan lagi bilangan korban akibat cuaca tidak menentu pada musim panas yang sangat lembap kali ini.
Kesemua mereka berusaha mencari tempat perlindungan selamat di bahagian berbukit di wilayah Gansu selepas mendapat amaran ribut, bagaimanapun terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku selepas tengah malam.
Akibat malapetaka tidak dijangka itu, tiga daripada mereka terbunuh, manakala dua hilang, lapor media kerajaan.
Sehari sebelumnya di wilayah barat daya Sichuan, tujuh pelancong yang sedang merakamkan gambar di pusat tarikan pelancongan di kawasan pemuliharaan air terbunuh apabila takungan empangan melimpah lalu menghanyutkan mereka.


Tragedi kematian seumpamanya semakin banyak berlaku ketika musim panas kali ini, yang membawa hujan memecahkan rekod dan banjir melampau berikutan suhu lebih panas menyemarakkan pusingan cuaca yang kuat di hemisfera utara.
Dalam kejadian lain, seorang wanita berusia 27 tahun hilang sejak 30 Jun apabila banjir kilat melanda tapak perkhemahan dan membunuh rakannya, di wilayah barat daya Guizhou, lapor media kerajaan.
Cuaca melampau menjadi semakin ketara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan kebimbangan baharu mengenai kadar perubahan iklim.
Pada 2021, cuaca sangat sejuk semasa ultra maraton, yang juga berlaku di Gansu, mengorbankan 21 mangsa akibat ramai pelari mengalami hipotermia dan tersesat dalam tiupan angin ribut.
Sejak Julai, taufan yang datang dari Pasifik Barat membawa banjir ke bandar-bandar dari Xiamen di selatan hingga ke Beijing di utara, menambahkan jumlah kematian berkaitan cuaca.
Sehingga semalam, jumlah kematian akibat banjir di ibu negara meningkat tiga kali ganda kepada 33 orang selepas Taufan Doksuri membadai wilayah itu dengan hujan paling lebat direkodkan di bandar itu dalam tempoh 140 tahun sejak rekod mula disimpan.
Beijing merekodkan 744.8 milimeter (mm) taburan hujan antara petang 29 Julai dan pagi 2 Ogos, satu rekod yang lebih banyak daripada taburan biasa dalam tempoh setahun. -REUTERS
Ogos 10, 2023 @ 2:35pmsumber

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:47 PM

banjir in oversea
Pages: [1]
View full version: 3 maut di China ketika cuba larikan diri daripada banjir kilat


ADVERTISEMENT