chewan Publish time 26-12-2010 12:35 PM

Lemak haiwan dijadikan minyak

Lemak haiwan dijadikan minyak                  http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/8556669.jpg
                  
                  
                LOUISIANA - Daripada alga kepada kayu dan rumput, saintis berterusan mencari bahan mentah yang mampu menghasilkan bahan api yang boleh diperbaharui dan boleh dihasilkan secara besar-besaran.

Syarikat daging terbesar dunia mungkin telah menemui jawapan kepada pencarian itu: Lemak haiwan.

Syarikat pemprosesan makanan, Tyson Foods dengan kerjasama firma penyelidikan bahan api Syntroleum Corporation membuka kilang di Louisiana, Amerika Syarikat yang menguji peluang menukarkan lemak haiwan gred rendah kepada diesel bagi digunakan dalam pengangkutan.

Syarikat rakan kongsi itu membuka kilangnya pada Oktober lalu dan telah menghasilkan 105,000 gelen diesel setiap hari menggunakan lemak haiwan.

Pengeluaran bahan api itu dijangka mampu mencecah 75 juta gelen setahun.

Menurut syarikat itu, sasaran utama mereka adalah untuk menghasilkan bahan api yang berbeza daripada bahan biodiesel yang diproses daripada kacang soya, menyebabkan kos penghasilan yang tinggi dan mampu menggangu bekalan makanan dunia.

limau Publish time 26-12-2010 07:50 PM

err..kalo lemak yg halal okey laa

eniliana Publish time 26-12-2010 09:23 PM

lemak tak halal tabley ke? bukan nak makan kan?? ngeeee

dauswq Publish time 26-12-2010 10:07 PM

err..kalo lemak yg halal okey laa
limau Post at 26-12-2010 19:50 http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif

lemak babi digunakan untuk bahan api diesel, kena samak tak nnt?:funk:

;P

dauswq Publish time 26-12-2010 10:14 PM

Reply 1# chewan

US ni dh tak de cara lain nak gantikan minyak diesel ngan kos yg lebih murah...

tu sbb diorg terpaksa pelbagaikan research tuk cari bahan api diesel lebih berkualiti, murah dan terjamin environmental-friendly

:)

dauswq Publish time 26-12-2010 10:16 PM

di samping itu, kita juga perlu mempergiatkan research dlm bidang biotechnologi ni...

sbb minyak negara kita dh makin susut...

alternatif sudah ada, guna bhn api hidrogen la, ethanol la...
ttp adakah kualiti bhn2 tersebut menandingi bhn api petroleum sedia ada?:o

winamp05 Publish time 28-12-2010 03:14 PM

kalau replace bahan api guna bateri terus tak boleh ka ? contoh kereta. kan mudah, cas aje.
Pages: [1]
View full version: Lemak haiwan dijadikan minyak


ADVERTISEMENT