tari Publish time 10-8-2023 10:35 AM

Jakarta bandar paling tercemar di dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM1008jkt_1691634448.jpg
JAKARTA. FOTO AFP
Jakarta: Ibu negara Indonesia, Jakarta mendahului senarai sebagai bandar paling tercemar di dunia pada Rabu.
Ia setelah ibu kota itu secara konsisten disenaraikan antara 10 bandar paling tercemar di dunia sejak Mei, menurut data oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir.
akarta, yang mempunyai populasi lebih 10 juta, mencatatkan paras pencemaran udara yang tidak sihat hampir setiap hari, menurut IQAir.
Penduduk Jakarta, Rizky Putra, 35, berkata, dia kesal dengan keadaan kualiti udara yang semakin teruk menyebabkan kesihatan anak-anaknya terancam.
"Maka, ramai kanak-kanak yang sakit dengan aduan dan simptom sama seperti batuk dan selesema.


"Saya rasa keadaan ini sangat membimbangkan," kata Rizky ketika ditemui Reuters TV di tepi jalan di pusat bandar Jakarta.
Penduduk Jakarta sudah lama mengadu mengenai udara toksik terhasil daripada trafik yang kronik, asap industri dan loji jana kuasa arang batu. '
Sebahagian daripada penduduk melancarkan dan memenangi tuntutan sivil pada 2021 bagi menuntut kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal pencemaran udara.
Mahkamah pada masa itu memutuskan Presiden Joko Widodo atau Jokowi mesti mewujudkan standard kualiti udara nasional untuk melindungi kesihatan manusia, dan menteri kesihatan serta gabenor Jakarta mesti merangka strategi mengawal pencemaran udara.
Namun, pengasas bersama aplikasi kualiti udara Nafas Indonesia, Nathan Roestandy berkata, tahap pencemaran terus merosot.
"Kita mengambil lebih 20,000 ujian nafas sehari. Jika kita menghirup udara tercemar setiap hari, ia boleh mengakibatkan penyakit pernafasan dan paru-paru, malah asma. Selain itu boleh menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak atau menghadapi gangguan kesihatan mental," katanya.
Ditanya mengenai masalah pencemaran Jakarta, Presiden Jokowi pada Selasa memberitahu pemberita penyelesaiannya ialah memindahkan ibu kota negara itu dari Jakarta ke Nusantara, yang kini sedang dibina kerajaannya di pulau Borneo.
Indonesia akan menamakan Nusantara sebagai ibu negara baharu tahun depan dan sekurang-kurangnya 16,000 penjawat awam, tentera dan polis akan berpindah ke sana.

Disiarkan pada: Ogos 10, 2023 @ 10:27am

sumber

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:48 PM

sampai skrg jerebu manjang terkena sini siot betol
Pages: [1]
View full version: Jakarta bandar paling tercemar di dunia


ADVERTISEMENT