tari Publish time 9-8-2023 08:53 PM

Operasi Jackal: 103 tangkapan, lebih 200 akaun dibekukan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HMIP0908_1691564722.jpg
LOGO Interpol. FOTO fail AFP
Kigali (Rwanda): Operasi Interpol terhadap jenayah terancang membabitkan penipuan di internet yang berpangkalan di Afrika Barat membawa kepada rampasan atau pembekuan sebanyak 2.15 juta euro (kira-kira RM10.8 juta) dan penahanan lebih 100 orang di pelbagai negara.
Operasi khas oleh Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa yang dijalankan antara 15 Mei dan 29 Mei menyaksikan pelbagai akaun bank dibekukan, penahanan suspek dan penyiasatan kewangan dilancarkan di seluruh dunia.
Siasatan yang digelar 'Operasi Jackal', menyasarkan kumpulan jenayah terancang di Afrika Barat seperti Black Axe, "berjaya mengesan lebih 1,100 suspek, 103 tangkapan dibuat dan lebih 200 akaun bank yang dikaitkan dengan hasil jenayah kewangan dalam talian disekat," lapor Agensi Anadolu memetik Interpol dalam satu kenyataan.
Anggota polis, unit jenayah kewangan dan agensi jenayah siber dari 21 negara di seluruh dunia mengambil bahagian dalam operasi itu, hingga membawa kepada penahanan beberapa 'ketua kumpulan rangkaian jenayah yang dianggap menjadi ancaman keselamatan global yang serius'.
"Aktiviti haram Black Axe dan sindiket jenayah seumpamanya akan kekal menjadi keutamaan Interpol," kata pengarah Pusat Jenayah Kewangan dan Antirasuah Interpol, Isaac Kehinde Oginni.
Kumpulan penjenayah ini terkenal dengan penipuan e-mel korporat, penipuan cinta dan harta pusaka, penipuan kad kredit dan cukai, penipuan prabayar dan pengubahan wang haram.

Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 3:05pm

sumber
Pages: [1]
View full version: Operasi Jackal: 103 tangkapan, lebih 200 akaun dibekukan


ADVERTISEMENT