tari Publish time 9-8-2023 08:49 PM

33 maut, hujan lebat di Beijing

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM0908muti_1691567514.jpg
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan pasukan penyelamat di kawasan kampung yang dilanda banjir susulan hujan lebat, di Zhuozhou, bandar Baoding, utara China. FOTO AFP
Beijing: Angka kematian akibat hujan lebat berpunca daripada ribut tropika Doksuri di sini minggu lepas meningkat kepada sekurang-kurangnya 33 orang, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan televisyen tempatan pada Rabu.
Sejurus selepas ribut itu melanda ibu negara China, sebanyak 11 kematian dilaporkan pada awalnya.
Bagaimanapun pada Rabu, televisyen China melaporkan terdapat 22 lagi mangsa yang meninggal dunia.
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut, manakala 18 orang lagi masih hilang.
Ribut tropika Doksuri mencetuskan hujan paling lebat pernah direkodkan melanda Beijing sejak 140 tahun lalu.
Selain ibu negara China, wilayah Hebei berhampiran Beijing turut terjejas teruk, dengan berpuluh-puluh kematian dilaporkan .

Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 3:52pm

sumber
Pages: [1]
View full version: 33 maut, hujan lebat di Beijing


ADVERTISEMENT