Raline Publish time 9-8-2023 06:00 PM

Natalie Portman bercerai angkara suami curang

Natalie Portman bercerai angkara suami curang


https://img.astroawani.com/2023-08/51691565978_natalieportman.jpg
Portman dan suami telah berkahwin selama 11 tahun. Mereka dikurniakan sepasang anak, Aleph, 12, dan Amalia, 6 tahun. -Gempak



RUMAH tangga Natalie Portman dengan suami, Benjamin Millepied akhirnya berkecai meskipun aktres tersebut cuba untuk mempertahankannya selepas Millepied ditangkap curang dengan seorang aktivis.

Portman dan suami telah berkahwin selama 11 tahun. Mereka dikurniakan sepasang anak, Aleph, 12, dan Amalia, 6 tahun.

Bintang itu dikatakan telah mengetahui kecurangan suaminya sejak Mac sebelum pada Jun lalu cerita Millepied menjalin hubungan terlarang bersama seorang aktivis muda berusia 25 tahun, Camille E’tienne terbongkar.

“Selepas berita kecurangan Millepied tersebar mereka telah berusaha untuk memperbaiki rumah tangga. Millepied berusaha memperbaiki kesalahannya.

“Dia mahu meraih kembali kepercayaan Portman namun semuanya tidak berhasil,” ujar satu sumber kepada Us Weekly.

Bintang berusia 42 tahun itu juga dilihat tidak memakai cincin perkahwinan mereka pada 4 Ogos lalu sewaktu majlis Angel City FC di Sydney, Australia.

Portman dan Millepied bertemu di set penggambaran filem Black Swan pada 2009 sebelum menjalin
hubungan cinta. -Gempak

Sumber:https://www.astroawani.com/berita-hiburan/natalie-portman-bercerai-angkara-suami-curang-431999

alesandra Publish time 9-8-2023 06:57 PM

Dulu benjamin tinggalkan awek dia utk natalie ni.kira penyondol jugak acik2 porem tentu bahagia mendengar

cloud_jade Publish time 10-8-2023 01:37 PM

alesandra replied at 9-8-2023 06:57 PM
Dulu benjamin tinggalkan awek dia utk natalie ni.kira penyondol jugak acik2 porem tentu bahagia mend ...

Ha..terbaca yg ni jugak. Penyondol disondol katanya.

pinggan Publish time 11-8-2023 03:56 PM

La laki ni ingat dia hot stuff sangat

virgocircus Publish time 13-8-2023 03:58 AM

alesandra replied at 9-8-2023 06:57 PM
Dulu benjamin tinggalkan awek dia utk natalie ni.kira penyondol jugak acik2 porem tentu bahagia mend ...

Mmg si laki jenis merenyam la tu...muka pecah apedehal..kuikui
Pages: [1]
View full version: Natalie Portman bercerai angkara suami curang


ADVERTISEMENT