mattzzx Publish time 9-8-2023 05:10 PM

Mercedes-AMG SL43 2023 di Malaysia

https://paultan.org/image/2023/06/2023_Mercedes_AMG_SL43_Preview_Malaysia-1_BM-630x354.jpg
Susulan pra tonton yang berlangsung pada Jun lalu, baru kini kita mendapat harga rasmi Mercedes-AMG SL di Malaysia. Roadster yang ditawarkan dengan varian tunggal SL43 ini ditetapkan pada harga RM999,888 atas jalan tanpa insurans, dan anda boleh memilikinya dengan bayaran bulanan dari RM9,088 menerusi program pembiayaan Step Up Agility+.

Varian SL ini pertama kali didedahkan di peringkat global pada April lalu, menyertai SL63 4Matic+ dan SL63 4Matic+. Dengan harga yang ditawarkan itu, SL43 diberikan enjin M139 2.0 liter pengecas turbo elektrik empat-silinder sebaris dengan pacuan roda belakang bersama sistem hibrid ringkas 48-voltan yang turut menampilkan belt-driven starter-generator (RSG) dengan kuasa ledakan sementara cecah 14 PS (13 hp atau 10 kW).

Sementara itu, pengecas turbo elektrik diambil dari teknologu Formula 1, dengan motor elektrik berketebalan 4 cm. Ini memutarkan shaft dalam rev rendah sehingga gas ekzos mengambil alih, membolehkan respon segera diperbaiki dari kedudukan kelajuan mendatar serta untuk seluruh julat kelajuan enjin.

https://i0.wp.com/paultan.org/image/2023/06/2023_Mercedes_AMG_SL43_Preview_Malaysia-3_BM.jpg?w=337&h=190&ssl=1   https://i0.wp.com/paultan.org/image/2023/06/2023_Mercedes_AMG_SL43_Preview_Malaysia-28_BM.jpg?w=285&h=190&ssl=1

Pengecas turbo elektrik itu berfungsi antar kelajuan enjin sehingga 170,000 rpm dan memanfaatkan sistem 48-volt mild hybrid, yang disambung kepada belt-driven starter-generator (RSG). RSG ini mampu memberikan lonjakan sementara sebanyak 14 PS (13 hp atau 10 kW), dan dalam masa masa membolehkan mod melayar, pengumpulan tenaga serta peralihan lancar bagi fungsi Start/Stop enjin.

Output keseluruhan sistem adalah 381 PS (375 hp atau 280 kW) pada 6,750 rpm dan 480 Nm tork dari 3,250 hingga 5,000 rpm. Ini dipadankan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9G yang menghantar kuasa ke roda belakang. Dari segi prestasi, ia mengambil masa 4.9 saat u ntuk pecutan 0-100 km/j, dengan laju maksimum 275 km/j. Bumbung SL ini juga boleh dilipat dalam masa 15 saat, dalam kelajuan di bawah 60 km/j.

Bagi kelengkapannya, Sl43 didatangkan dengan sistem brek kompaung prestasi tinggi AMG, suspensi sport, AMG Real Performance Sound, bilah pengelap cermin Magic Vision Control, pakej krom luaran AMG, roda tempaan jejari-berkembar-10 AMG 21-inci, lampu sorotan AMG, lampu utama Digital Light dengan Adaptive Highbeam Assist Plus dan brek kaliper warna perak.


https://i1.wp.com/paultan.org/image/2023/08/2023-Mercedes-AMG-SL43-Malaysia-spec-sheet-1-BM.jpeg?w=311&h=440&ssl=1https://i2.wp.com/paultan.org/image/2023/08/2023-Mercedes-AMG-SL43-Malaysia-spec-sheet-2-BM.jpeg?w=311&h=440&ssl=1

Ciri lain yang turut diberikan termasuklah upholstery kulit Nappa. tempat duduk hadapan dengan Airscafr, pencahayaan dalaman, kemasan hitam pekat atau aluminium AMG, roda stereng AMG Performance dengan balutan kulit Nappa, Keyless-Go, Hands-Free Access, pad pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar., plat ambang pintu AMG, kawalan suhu Thermotronic dwi-zon, sistem bunyi sekeliling Burmester, paparan utama, Driving Assistant Package, Parking Package, kamera 360-darjah dan Active Parking Assist.

Sistem infotainmen menggunakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dan kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh potrait 11.9-inci. Skrin sesentuh ini boleh dipusingkan secara elektrikal dari 12 hingga 32 darjah untuk mengelak sinaran mentari apabila bumbung fabrik diturunkan.

SL43 boleh didapati dengan enam pilihan warna iaitu Sun Yellow, Selenite Grey, Hyper Blue, Obsidian Black, Spectral Blue dan High-tech Silver.

https://paultan.org/2023/08/09/mercedes-amg-sl43-2023-di-malaysia-rm999888-2-0l-4-silinder-dengan-turbo-elektrik-381-ps-480-nm/
Pages: [1]
View full version: Mercedes-AMG SL43 2023 di Malaysia


ADVERTISEMENT