tari Publish time 9-8-2023 02:35 PM

Sinead O'Connor selamat dikebumikan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM0908sine_1691546910.jpg
ORANG ramai meletakkan bunga di kenderaan yang membawa keranda Sinead O'Connor. FOTO AFP
Dublin: Penyanyi pop Ireland, Sinead O'Connor yang meninggal dunia bulan lalu di London, dikebumikan di Ireland, mengikut syariat Islam, pada Selasa.
Ribuan menghadiri pengebumian artis yang nama Islamnya Shuhada' Sadaqat itu, termasuk penyanyi Ireland Bono dan Bob Geldof.
Jenazah O'Connor dibawa melalui bekas kampung halamannya di Bray, 20 kilometer di selatan ibu negara Dublin.
Agensi Anadolu melaporkan, kenderaan jenazah turut berhenti di bekas rumahnya di Bray di mana ia tempat O'Connor tinggal selama 15 tahun. Di situ, peminat setempat dan dari luar mengambil peluang memberikan penghormatan terakhir.
Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Umar Al Qadri yang mengetuai upacara pengebumian itu berkata, Shuhada' Sadaqat adalah insan dikurniakan suara yang magis.


O'Connor memeluk Islam pada 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat tetapi terus membuat persembahan dengan nama Sinead O'Connor.
Presiden Ireland Michael Higgins, isterinya, Sabina dan Perdana Menteri Leo Varadkar turut menghadiri upacara pengebumian itu.
Higgins dalam satu kenyataan berkata, limpahan kesedihan dan penghargaan terhadap kehidupan serta kerja O'Connor, menunjukkan kesan mendalam penyanyi itu pada rakyat Ireland.
"Sumbangan uniknya membabitkan pengalaman digabungkan dengan tahap kreativiti hebat dan luar biasa yang dia pilih untuk disampaikan melalui suaranya, muziknya dan lagunya," katanya.
O'Connor, yang mengeluarkan 10 album studio, termasuk single hit pada 1990, Nothing Compares 2 U, meninggal dunia pada 26 Julai.
Pemergian penyanyi itu 18 bulan selepas kematian anak lelakinya, Shane, 17. Pada masa kematian, O'Connor berumur 56 tahun.
Penyanyi itu meninggal dunia di rumahnya. Walaupun punca kematiannya masih belum didedahkan kepada umum, namun polis berkata ia tidak mencurigakan.
Keluarganya berkata: "Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Sinead yang tercinta kami."
"Sedih mendengar pemergian saudari Shuhada' Sadaqat, juga dikenali sebagai Sinead O'Connor. Dia adalah seorang yang lembut jiwanya, semoga Tuhan Yang Maha Penyayang, memberinya kedamaian abadi. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon (Kami datang dari Allah dan kepada Allah adalah kepulangan kami akhirnya)," kata penyanyi British, Yusuf Islam, sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens, selepas kematian O'Connor.
Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 10:08am
sumber

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:49 PM

goodbye Sir
Pages: [1]
View full version: Sinead O'Connor selamat dikebumikan


ADVERTISEMENT