tari Publish time 9-8-2023 02:26 PM

111 kuda 'pahlawan samurai' kena strok haba

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM0908sh_1691550487.jpg

Festival tahunan Soma Nomaoi itu membabitkan penunggang kuda berpakaian samurai melakonkan semula pertempuran. FOTO fail AFP


Tokyo: Penganjur festival kuda di Jepun pada Selasa mahu mempertimbangkan untuk menukar tarikh acara tahunan itu untuk edisi tahun depan.
Ia selepas strok haba menjejaskan kesihatan 111 haiwan berkenaan, malah membunuh dua daripadanya.
Festival Soma Nomaoi itu membabitkan penunggang kuda berpakaian samurai melakonkan semula pertempuran.
Jepun merekodkan purata suhu Julai yang paling panas dalam tempoh lebih 100 tahun.
Pada Selasa, amaran strok haba diuar-uarkan di 26 daripada 47 wilayah, dengan suhu diramalkan mencecah 38 Celsius di beberapa tempat.


Sekurang-kurangnya 111 kuda dan berpuluh-puluh orang memerlukan rawatan untuk strok haba ketika panas terik semasa festival Soma Nomaoi di wilayah Fukushima, dari 29 hingga 31 Julai lalu. Ia selepas suhu mencecah 35 darjah Celsius, paling panas dalam tempoh lima tahun, kata penganjur.
Festival tahunan tiga hari itu, menampilkan lebih 400 peserta berpakaian seperti pahlawan samurai zaman pertengahan bertarung dengan menunggang kuda untuk merebut bendera.
Acara itu menarik lebih 120,000 pengunjung, kata laporan.
Yoshichika Hirata, ahli jawatankuasa eksekutif festival itu memberitahu AFP, cadangan untuk menukar tarikh acara tahun depan kepada tempoh yang lebih sejuk akan dibincangkan pada mesyuarat pada Khamis.
"Kami menyimbah air di balapan buat kali pertama, seperti yang dijangka (berlaku) kepanasan melampau. Kami menggunakan tiga kereta penyembur air, tetapi air cepat kering," kata Hirata.

Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 11:08am
sumber
Pages: [1]
View full version: 111 kuda 'pahlawan samurai' kena strok haba


ADVERTISEMENT