mattzzx Publish time 9-8-2023 10:57 AM

Hoogland juara dunia hatrik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hog111_1691545079.jpg
HOOGLAND meraikan kejayaannya. FOTO REUTERS

Glasgow: Pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland muncul juara dunia acara 1km ujian masa kali ketiga berturut-turut untuk meneruskan penguasaan negaranya dalam acara pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Dunia UCI.

Selepas pelumba Australia, Matthew Glaetzer meletakkan dirinya di tempat pertama dengan rekod kebangsaan 58.526 saat (s), Hoogland melengkapkan empat pusingan di Velodrom Chris Hoy dengan catatan 58.222s sekali gus meraih pingat emas.

Thomas Cornish dari Australia muncul pelumba ketiga terpantas.

Ia adalah pingat emas kedua diraih Hoogland, 30, dalam kejohanan tahun ini selepas dia membantu Belanda memenangi acara pecut berpasukan minggu lalu.

Rakan sepasukan Hoogland, Harrie Lavreysen memenangi acara pecut lelaki buat kali kelima berturut-turut, Isnin lalu.

Sementara itu, Lotte Kopecky dari Belgium mengukuhkan statusnya selaku antara pelumba terbaik dalam generasinya apabila meraih meraih pingat emas kedua dengan kemenangan dalam perlumbaan mata.

Kopecky berusia 27 tahun, naib juara dalam Tour de France Femmes bulan lalu dan kini juara dunia trek enam kali, melakukan serangan awal dalam perlumbaan 100 pusingan untuk menewaskan Georgia Baker dari Australia dengan kelebihan lapan mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/08/997183/hoogland-juara-dunia-hatrik
Pages: [1]
View full version: Hoogland juara dunia hatrik


ADVERTISEMENT