mattzzx Publish time 9-8-2023 10:52 AM

Horner tuntut 'ganti rugi' trofi Verstappen

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tropyh11_1691549142.jpg
TROFI Verstappen dilihat pecah. FOTO REUTERS

London: Christian Horner bergurau bahawa bil untuk trofi Red Bull yang dipecahkan akan dihantar kepada McLaren.

Trofi milik Max Verstappen selepas menjuarai Grand Prix (GP) Hungary dipecahkan oleh pemandu McLaren, Lando Norris ketika mereka berdua meraikan kejayaan menaiki podium.

Trofi itu kemudiannya didedahkan bernilai £35,000 (RM204,000) dan mengambil masa enam bulan untuk dibuat.

Apa yang lebih mengejutkan pada perlumbaan seterusnya, ketika Verstappen meraikan kemenangan GP Belgium, satu lagi trofi turut rosak ketika Red Bull meraikan kemenangan mereka.

"Secara teknikal di Budapest bukan salah kami. Lando memecahkan trofi itu yang mengambil masa enam bulan untuk dibuat. Sekarang koleksi trofi di kabinet kami berkurangan.

"Sudah pasti mereka mendapat bil untuk insiden itu. Ia adalah trofi yang cantik, yang diperbuat daripada porselin.

"Kami membenarkan semua kakitangan mengambil gambar bersama trofi selepas memenangi perlumbaan. Semua gambar itu tidak cantik kerana trofi itu sudah pecah," kata ketua pasukan Red Bull itu kepada ESPN.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/08/997204/horner-tuntut-ganti-rugi-trofi-verstappen
Pages: [1]
View full version: Horner tuntut 'ganti rugi' trofi Verstappen


ADVERTISEMENT