mattzzx Publish time 8-8-2023 01:42 PM

Rim Kawasaki GTO Original Berjaya Dipinang, RM43,000

https://i1.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/08/rim-kawasaki-gto-rm43000-1.jpg?w=1200&ssl=1

Setiap tahun terutamanya ketika menghampiri penganjuran RXZ Members akan muncul berita yang ‘mengejutkan’ dan tahun 2023 juga tidak kurang hebatnya.

Terbaru, sepasang rim Kawasaki GTO original telah berjaya terjual dengan harga RM43,000.

https://i1.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/08/rim-kawasaki-gto-rm43000-2.jpg?resize=640%2C427&ssl=1

Berdasarkan perkongsian akaun Mat Nor Tempang di Facebook, rim Kawasaki GTO bersaiz 18-inci yang pada awalnya diiklankan dengan harga RM45,000 asalnya telah terjual dengan harga RM43,000.

Menariknya, rim tersebut terus dipasang pada Yamaha RX-Z yang masih dalam kondisi ‘new old stock’ (NOS).


https://i1.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/08/rim-kawasaki-gto-rm43000-3.jpg?resize=640%2C427&ssl=1

Sejauh mana kebenaran ini hanya penjual dan pembeli sahaja yang tahu namun mengambil kira populariti barangan RX-Z serta rim GTO di Malaysia kami tidak terkejut jika urusan berkenaan adalah benar.

Namun, berdasarkan pemerhatian di Facebook, harga RM43,000 tersebut turut merangkumi beberapa komponen lain termasuk ‘cover set’

https://motomalaya.net/blog/2023/08/03/rim-kawasaki-gto-original-berjaya-dipinang-rm43000/
Pages: [1]
View full version: Rim Kawasaki GTO Original Berjaya Dipinang, RM43,000


ADVERTISEMENT