Raline Publish time 8-8-2023 01:41 PM

CEO MR DIY dilantik jadi pengarah Maxis

CEO MR DIY dilantik jadi pengarah Maxis

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ270622SK043_%281%29_1691473080.jpg
Adrian Ong Chu Jin -NSTP/Aizah Azmee


KUALA LUMPUR: Maxis Bhd melantik Adrian Ong Chu Jin sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutifnya berkuatkuasa 8 Ogos 2023.

Chu Jin adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas MR DIY Group (M) Bhd.

Maxis dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Chu Jin berkhidmat sebagai CEO MR DIY sejak 2019 dan juga berkhidmat sebagai pengerusi bukan eksekutif MR DIY Holding (Thailand) Co Ltd.

"Pengalaman beliau termasuk lebih 29 tahun dalam perbankan pelaburan, ekuiti persendirian dan perakaunan awam merentasi pelbagai industri," katanya.

Chu Jin sebelum ini adalah Pengarah Urusan Kanan Perbankan Pelaburan di CIMB, Pengarah dan Ketua Dana di CIMB-Standard (kini CapAsia) dan Pengarah Urusan di firma ekuiti swasta Creador.

Dalam peranan itu, beliau bertanggungjawab untuk kerja nasihat untuk tawaran awam permulaan, pengumpulan dana hutang dan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan, serta pelaburan proprietari dan pelupusan di seluruh Asia-Pasifik.

Chu Jin juga pernah bekerja sebagai juruaudit untuk akauntan awam KPMG Kuala Lumpur dan Kingston Smith di United Kingdom.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/08/1137450/ceo-mr-diy-dilantik-jadi-pengarah-maxis

Pages: [1]
View full version: CEO MR DIY dilantik jadi pengarah Maxis


ADVERTISEMENT