Raline Publish time 8-8-2023 09:40 AM

Karishma Tanna ‘dibuang’ bapa sejak lahir

Karishma Tanna ‘dibuang’ bapa sejak lahir




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/karishma-tanna-rejections.jpg
KARISHMA TANNA


HIDUP dalam gemerlap kemasyhuran tidak pernah membuatkan aktres Karishma Tanna melupakan detik hitam zaman kecilnya.

Wanita asal Gujerat itu mengakui pernah disisihkan bapa sendiri disebabkan kelahirannya tidak disambut dengan kegembiraan berikutan jantinanya.

Menurut Karishma, bapaya mengharapkan kelahiran seorang bayi lelaki selepas dikurniakan anak sulung perempuan.

Walaupun hanya mengetahui mengenai tindakan si bapa enggan melihatnya hingga dia berusia sebulan selepas bersekolah, keadaan tersebut membuatkan hubungan mereka dingin.

Kongsi artis yang menceburi arena seni sejak tahun 2001 itu, situasi dilalui ketika kanak-kanak tidak seindah teman sebaya lain apabila keluarga sebelah bapanya juga enggan melayaninya dengan baik.

Kini Karishma hanya tinggal bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat serangan jantung.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/08/karishma-tanna-dibuang-bapa-sejak-lahir/

Page88 Publish time 18-8-2023 01:18 AM

Sad when men do this.
Pages: [1]
View full version: Karishma Tanna ‘dibuang’ bapa sejak lahir


ADVERTISEMENT