tatod Publish time 8-8-2023 09:15 AM

Karishma Tanna Tak Pernah Lupa Detik Hitam 'Dibuang' Bapa Sejak Lahir

Kemasyhuran yang diraih aktres Karishma Tanna dalam bidang seni lakon sedikit pun tidak melunturkan detik hitam zaman kecilnya.


Wanita asal Gujerat itu mengakui pernah disisihkan bapa sendiri disebabkan kelahirannya tidak disambut dengan kegembiraan berikutan jantinanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/08/091502jpmuzrm919poudly.png



Menurut Karishma, bapaya mengharapkan kelahiran seorang bayi lelaki selepas dikurniakan anak sulung perempuan.


Walaupun hanya mengetahui mengenai tindakan si bapa enggan melihatnya hingga dia berusia sebulan selepas bersekolah, keadaan tersebut membuatkan hubungan mereka dingin.


Kongsi artis yang menceburi arena seni sejak tahun 2001 itu, situasi dilalui ketika kanak-kanak tidak seindah teman sebaya lain apabila keluarga sebelah bapanya juga enggan melayaninya dengan baik.


Kini Karishma hanya tinggal bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat serangan jantung.




Sumber: Kosmo! Online

acikonion Publish time 9-8-2023 10:30 AM

Tak yah la ingat2 lg... Hrp bapa dia ni tgk la dia kaya dgn berlakon
Pages: [1]
View full version: Karishma Tanna Tak Pernah Lupa Detik Hitam 'Dibuang' Bapa Sejak Lahir


ADVERTISEMENT