Raline Publish time 8-8-2023 08:19 AM

100 PMKS terima manfaat

100 PMKS terima manfaat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/08hm27raPKS6_1691446524.jpg
KERJASAMA ini menyediakan jaminan kredit digital menerusi penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan digital (DSCF) patuh syariah bagi menangani dengan lebih baik keperluan pembiayaan PMKS. - Bernama


KIRA-KIRA 100 pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan menerima manfaat menerusi produk baharu, jaminan kredit digital dengan tawaran nilai pembiayaan sehingga RM4 juta.

Produk itu ditawarkan menerusi kerjasama antara Funding Societies dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

Dengan kerjasama itu, platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersepadu terbesar di Malaysia itu muncul sebagai fintech pertama bekerjasama dengan CGC Digital.

Kerjasama ini menyediakan jaminan kredit digital menerusi penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan digital (DSCF) patuh syariah bagi menangani dengan lebih baik keperluan pembiayaan PMKS di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Funding Societies | Modalku, Wong Kah Meng berkata, pihaknya memperluas kerjasama dengan CGC Digital selepas program jaminan Portfolio PKS CGC pada April lalu.

Katanya, pendekatan yang mengutamakan digital atau digital-first approach menggunakan data alternatif membolehkan PMKS mendapat akses lebih luas dan mampu milik kepada jaminan digital dan pembiayaan transformatif.

"Inovasi jaminan kredit CGC Digital milik CGC akan mengurangkan risiko kepada pelabur dan mengurangkan kos pembiayaan untuk PMKS.

"Dengan menggabungkan polisi industri kami untuk segmen barangan pengguna cepat laris (FMCG), pertanian, telekomunikasi dan perdagangan borong dan runcit, kami dapat memberi perkhidmatan kepada lebih banyak PMKS yang membentuk segmen industri ini," katanya selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

MoU itu ditandatangani Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital, Yushida Husin.

Sementara itu, Yushida berkata, MoU ini menandakan komitmen bersama mereka untuk memupuk inovasi dan mencipta nilai bersama dengan PMKS.

"CGC Digital berusaha menyediakan sebuah pasaran digital sehenti (one-stop digital marketplace) untuk PMKS mendapatkan akses lebih baik kepada pembiayaan dan bantuan lebih bersasar untuk mengembangkan perniagaan.

"Kami komited bekerjasama dengan rakan strategik yang mempunyai matlamat sama dalam ekosistem digital bagi memacu keterangkuman kewangan PMKS di Malaysia," katanya.

Menerusi kerjasama ini, CGC Digital akan membangunkan produk jaminan kredit digital baharu untuk CGC.

Produk ini menawarkan pembiayaan hingga RM4 juta sebagai permulaan dengan memanfaatkan hingga 100 PMKS yang mempunyai kepercayaan kredit melalui penyelesaian DSCF Funding Societies yang terkemuka dalam industri, menggunakan data alternatif untuk menilai risiko kredit PMKS.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/08/996736/100-pmks-terima-manfaat

Pages: [1]
View full version: 100 PMKS terima manfaat


ADVERTISEMENT