CARI-MAL Publish time 8-8-2023 07:55 AM

Sesak Nafas Ketika Hubungan Seks Jadi Satu Tamparan Hebat, Busta Rhymes Nekad Turunkan Berat Badan

Penyanyi rap Busta Rhymes nekad menurunkan berat badannya yang mencecah 150 kilogram selepas berdepan situasi cemas apabila sukar bernafas ketika melakukan hubungan intim bersama bekas teman wanitanya.


"Saya mengalami kesukaran bernafas ketika itu, jadi saya bangun dan keluar dari bilik supaya dia (bekas kekasih) tidak panik melihat diri saya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/08/075336uvkvfmmr99bu0uzp.jpgMediapunch/Shutterstock; Adela Loconte/Shutterstock




"Saya cuba bernafas namun rasa sukar. Saya rasa seperti serangan asma sedangkan sebelum ini tak pernah menghidap penyakit itu.


"Apabila kembali ke bilik, dia tegur tentang keadaan menimpa saya dan ia jadi satu tamparan besar. Katanya saya perlu turunkan berat badan," kata Busta atau Trevor George Smith Jr, 51.


Busta memberitahu berat badannya mula naik selepas kematian bapanya pada 2014 yang mana ketika itu dia tidak menjaga pemakanan atau bersenam.


"Selepas bapa meninggal dunia, saya sibukkan diri dengan kerja. Saya banyak mengambil minuman keras, merokok dan tidak menjaga pemakanan.


"Pernafasan saya juga macam tersumbat sehingga memberi kesan kepada vokal saya," katanya.


Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kilogram, lebih yakin untuk tampil di hadapan peminat membuat persembahan.


Malah dia juga mahu mendidik orang ramai supaya mengutamakan kesihatan terutama dalam hal pengambilan makanan berkhasiat.




Sumber: mStar

KamikuP Publish time 8-8-2023 03:15 PM

Tau takpe khuenzzz

mamajawie Publish time 9-8-2023 11:09 AM

lpas kena tinggal baru nk kurus..takpe la busta duit kepuk2 gi la ngorat pompuan lain..

Page88 Publish time 18-8-2023 01:17 AM

No one cares.
Pages: [1]
View full version: Sesak Nafas Ketika Hubungan Seks Jadi Satu Tamparan Hebat, Busta Rhymes Nekad Turunkan Berat Badan


ADVERTISEMENT