mattzzx Publish time 7-8-2023 02:37 PM

F1: Ferrari tawar Leclerc kontrak mewah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/CHARLES-LECLERC.jpg
LECLERC hampir menamatkan spekulasi meninggalkan Ferrari apabila dilapor bakal menerima kontrak baharu daripada pasukan tersebut. - AFP

MARANELLO – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc dilaporkan sedia menyatakan komitmen masa depannya bersama pasukan itu dengan menandatangani kontrak baharu sehingga 2026 dengan pilihan untuk lanjutan perjanjian sehingga 2029.

Spekulasi masa depan Leclerc bersama Ferrari menjadi ‘buah mulut’ apabila dia dilaporkan bersedia untuk meninggalkan pasukan itu dalam usaha merealisasikan impiannya memburu kejuaraan dunia.

Bagaimanapun, Leclerc pantas menafikan kontroversi berkenaan dan mengulangi kesetiaannya untuk memburu kejuaraan bersama Ferrari dan bersedia menandatangani kontrak baharu yang cukup lumayan.

Laporan media dari Perancis, Sportune mendakwa bahawa Leclerc sudah bersetuju dengan tawaran kontrak selama dua tahun untuk kekal bersama pasukan itu dan dianggarkan bernilai €185 juta (RM929.18 juta).

Sekiranya laporan berkenaan tepat, ia bermakna Leclerc akan kekal bersama Ferrari sekurang-kurangnya untuk musim pertama di bawah regulasi baharu unit kuasa yang akan diperkenal pada 2026 dan mungkin dilanjutkan sehingga 2029.

Kontrak baharu itu nanti akan menyaksikan bahawa Leclerc menjadi salah seorang pelumba yang menerima pendapatan mewah menerusi bayaran sebanyak €185 juta dan mungkin meningkat sehingga €50 juta (RM251.13 juta) lagi untuk pampasan pada tahun terakhir. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/08/07/f1-ferrari-tawar-leclerc-kontrak-mewah/
Pages: [1]
View full version: F1: Ferrari tawar Leclerc kontrak mewah


ADVERTISEMENT