mattzzx Publish time 6-8-2023 02:15 PM

Mercedes akan buat apa sahaja untuk kekalkan Hamilton

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/08/Hamilton-2-e1691234105695.jpg
LEWIS HAMILTON




LONDON: Prinsipal Mercedes, Toto Wolff berkata, dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan Lewis Hamilton kekal bersama pasukan Formula Satu (F1) tersebut.

Hamilton telah melakar pencapaian paling gemilang dalam sejarah F1 sejak menggantikan wira zaman kanak-kanaknya, Michael Schumacher di Mercedes pada 2013.

Bagaimanapun, kontrak pemandu Britain berusia 38 tahun itu bersama Mercedes akan tamat tahun ini dan perbincangan antara kedua-dua pihak telah berlangsung selama berbulan-bulan.

Bercakap mengenai Hamilton, Wolff berkata, dia yakin juara dunia tujuh kali itu akan memainkan peranannya dalam kebangkitan pasukan pada musim hadapan.

“Saya sangat berharap begitu, saya melakukan segala yang saya mampu untuk memastikan dia kekal. Saya rasa tidak perlu memujuknya.

“Dia tahu tentang semua kebaikan dan walaupun kami bergelut dengan kereta tahun ini dan tahun lalu. Dia akan menjadi sebahagian daripada kebangkitan pasukan,” kata Wolf.

Pada awal musim ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Hamilton telah menuntut perjanjian lima tahun bernilai 250 juta pound (RM1.4 bilion) untuk kekal di Mercedes, kontrak yang akan menyaksikan dia meneruskan perlumbaan sehingga hari lahirnya yang ke-43. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/2023/08/mercedes-akan-buat-apa-sahaja-untuk-kekalkan-hamilton/
Pages: [1]
View full version: Mercedes akan buat apa sahaja untuk kekalkan Hamilton


ADVERTISEMENT