tatod Publish time 5-8-2023 06:46 PM

Ibu Sibuk Buat 'Content' Untuk TikTok, Anak Main Najis Dalam Lampin, Calit Dinding Rumah

Baru-baru ini seorang TikToker, Masmi Rashid, 28, berkongsi kisah sedih apabila anak perempuannya berusia dua tahun bermain dengan najisnya sendiri.


"Masa tu saya tengah rekod video untuk content (kandungan) berbayar dalam bilik. Tiba-tiba anak nombor dua datang dan beritahu yang si adik main berak (tahi).


"Saya terkejut jadi terus ke ruang tamu. Banyak tahi atas karpet di merata-rata tempat. Satu rumah busuk bau tahi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/05/184502yzvv0gvgt9rd94bb.png



"Masa tu saya tengok dia dah dalam keadaan comot sampai termuntah. Saya dukung dia terus bawa masuk bilik air," ujarnya ketika dihubungi mStar.


Menurut cerita Masmi yang menetap di Teluk Panglima Garang, Selangor, insiden berlaku kira-kira lima minit selepas dia masuk ke dalam bilik.


Dia tidak menyangka dalam tempoh sesingkat itu anaknya sudah mengorek najis daripada lampin pakai buang yang dipakainya sebelum itu.


Dalam pada itu Masmi menjawab sangkaan segelintir netizen bahawa anaknya bertindak memakan najis. Jelas Masmi, ketika memandikan anaknya dia ada menghidu di bahagian mulut namun tidak berbau busuk.


"Lepas mandikan saya pun tanyalah dia kenapa makan tahi. Dia hanya mampu gelak saja sebab masih belum pandai cakap. Kemudian abangnya yang tolong jawab adik bukan makan berak, itu biskut Oreo mummy bagi tadi.


"Barulah teringat yang memang saya berikan Oreo sebelum nak buat content. Lepas siap uruskan anak barulah saya cuci karpet dan buang tahi pada dinding tersebut dan tak tunggu suami balik untuk cuci," ujar si ibu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/05/184605wgvee80911gk6vlu.jpgMasmi sedang merakam video untuk kandungan berbayar.




Bercerita mengenai kehidupannya, Masmi berkata dia baru sahaja bermula menjadi pencipta kandungan di TikTok sejak tiga bulan lalu selepas diberhentikan kerja.


Namun, siapa sangka video perkongsian mengenai keletah anaknya ketika dia sedang bekerja ini mendapat perhatian ramai. Malah, ujarnya dia tidak terlepas daripada menerima kecaman daripada warga maya.


"Lebih kurang setahun lalu saya kerja di sebuah kedai telefon. Tapi bulan Mei lalu saya kena buang sebab majikan dah muflis. Saya ada cari kerja lain tapi tak boleh nak tampung kos mengasuh.


"Sekarang saya mengasuh anak dan jadi host live di TikTok dan buat content berbayar saja. Yang mana ada komen negatif pada video tu saya terus padam sebab saya nak fokus berniaga.


"Lagipula saya kongsikan video tu untuk nikmati kenangan membesarkan anak-anak. Momen-momen macam ni tak akan datang dua kali. Enjoy je dengan ragam anak-anak. Janji kita tahu macam mana nak uruskan hal anak-anak," ujarnya menutupi kisah.




Sumber: mStar

Belibis Publish time 5-8-2023 08:14 PM

Main taik tu la content sebenar...

babynina30 Publish time 5-8-2023 09:16 PM

Janji tau urus hal anak katanya
Smpai anak korek pampers pon nk upload aib anak
Sian batak content , taktau beza aib dgn moment utk dikongsi

chiyoasuka Publish time 5-8-2023 09:23 PM

Aduhaiiii ni pn boleh jd content

kuzaime Publish time 5-8-2023 10:57 PM

Biasa budak2 kot baru lagi berak dlm pampers, dorang masih diam lagi. Ni sampai.korek pampers bagai ntah2 lama dah anaknya tu.berak tp maknya x check.

Carcosa Publish time 5-8-2023 11:01 PM

Mak dgn anak sama2 ba wau dal wau ha.
Confirm DNA sama. Tak payah susah2 buat paternity test. Tgk drpd content ni je dah tau. Keturunan sama.

gideoncross Publish time 5-8-2023 11:09 PM

babynina30 replied at 5-8-2023 09:16 PM
Janji tau urus hal anak katanya
Smpai anak korek pampers pon nk upload aib anak
Sian batak content , ...

Kat Whatsapp status iol plak ank bru muntah pun nak tunjuk kat org.

gideoncross Publish time 5-8-2023 11:11 PM

Edited by gideoncross at 8-8-2023 01:02 PM

Carcosa replied at 5-8-2023 11:01 PM
Mak dgn anak sama2 ba wau dal wau ha.
Confirm DNA sama. Tak payah susah2 buat paternity test. Tgk dr ...
Bak kta lagu Yindon kat Tik Tok, mama muda, smua nak jdikn bahan content sbb akal msih blum matang. Bawah je matang laki bini tpi akal x matang lgi.

babynina30 Publish time 5-8-2023 11:21 PM

gideoncross replied at 5-8-2023 11:09 PM
Kat Whatsapp status iol plak ank bru muntah pun nak tunjuk kat org.

Tak paham kan, jenis semua yg tak patot pon nk tyg{:gif_rolleye:}

Carcosa Publish time 5-8-2023 11:29 PM

gideoncross replied at 5-8-2023 11:11 PM
Bak kta lagu Yindon kat Tik Tok, mama muda, smua nak jdikn bahan content sbb akal msih blum masak. ...

Kan? Gila pengotor. Mak dgn anak, sama menjijikkan.
Anak meols dah nak masuk 6tahun, takde sesaat pun dlm hidup dia, dia main korek2 diapers keluarkan taik.
YIHHHHHH!!! Mak dgn anak, keturunan jijik. Yarkh!

naina Publish time 6-8-2023 12:24 AM

Kalau aku tak uploud la benda anak main najis ni
Memalukan lah sebagai seorang ibu
Sampai najis pun anak duk main

bunnyj3lly Publish time 6-8-2023 05:29 PM

Kesiannya anak dia. Kut dah besar nanti kena buli dengan kawan-kawan sbb mungkin parents mak dia ke, followers ke tersatu sekolah dengan anak dia bgtau yg dulu budak ni pernah makan/main taik.. pendek akal mak dia pun..

LadyCarefree Publish time 6-8-2023 10:07 PM

Budak 2 tahun masih xtau taik ke?

green~tea Publish time 6-8-2023 11:31 PM

Anak kau ada Autism...cacat OKU noks.. budak normal takde perangai camni

Daripada posting soc med camni.. baik laa ko hantar check up anak ko tu.. identify cacat otak jenis apa

green~tea Publish time 6-8-2023 11:32 PM

LadyCarefree replied at 6-8-2023 10:07 PM
Budak 2 tahun masih xtau taik ke?

Exactly.. anak dia OKU mental ni..

Mak je babi denial tanak bawak gi check

cikatilia Publish time 7-8-2023 11:06 AM

mmg sebenarnya anak tu terbiar dan busuk sbb mak sibuk main tiktok

cycra Publish time 8-8-2023 12:58 PM

eiii kalau sempat korek2 tahi dalam pampers tu maksudnya lama dah la maknya di dalam bilik belek Tiktok..yucks..pastu tunggu laki balik nk cuci rumah...jangan cari content creator gini ye..taik dibuat mainya,..camne la taraf content nya itu...

gideoncross Publish time 8-8-2023 12:59 PM

babynina30 replied at 5-8-2023 11:21 PM
Tak paham kan, jenis semua yg tak patot pon nk tyg

Kan? Ank tngh mandi smpai nmpk part tu pun nak tnjuk, x tkut kat pedos.

gideoncross Publish time 8-8-2023 01:00 PM

naina replied at 6-8-2023 12:24 AM
Kalau aku tak uploud la benda anak main najis ni
Memalukan lah sebagai seorang ibu
Sampai najis pun...

Kat Whatsapp status iol plak anak kwn mak iol gi tunjuk anak bkas muntah trkena kat baju, cringe.

gideoncross Publish time 8-8-2023 01:02 PM

Carcosa replied at 5-8-2023 11:29 PM
Kan? Gila pengotor. Mak dgn anak, sama menjijikkan.
Anak meols dah nak masuk 6tahun, takde sesaat...

Boleh muntah rsanya klau bca bnda2 cmni.
Pages: [1] 2
View full version: Ibu Sibuk Buat 'Content' Untuk TikTok, Anak Main Najis Dalam Lampin, Calit Dinding Rumah


ADVERTISEMENT