sepulnuar Publish time 24-12-2010 03:34 PM

[c] doktor yang mengelirukan [u]

di sebuah hospital yang terletak tidak jauh dari lautan bikini bottom, terdapat seorang doktor yang sangat mengelirukan. doktor itu sangat mengelirukan kerana dia boleh membuat orang-orang disekelilingnya berasa keliru. lebih hebat lagi kerana dia boleh mengelirukan dirinya sendiri juga. nama doktor tersebut ialah doktor chow yun fatt atau nama glamournya ialah doktor fart.

doktor fart sebenarnya adalah seorang doktor yang baik hati. ini kerana beliau selalu memberi makan kepada kucing siam yang tinggal di sebelah rumahnya. kadang-kadang beliau akan memberi kucing tersebut makan sebanyak 8 kali sehari. doktor fart selalu manasihati saya supaya belajar rajin-rajin agar dapat menjadi manusia yang berguna.

doktor fart bekerja selama 72 jam seminggu. 96 jam lagi digunakan untuk mengulangkaji pelajaran dan aktiviti-aktiviti persendirian seperti keluar dating, memancing, menunggang basikal dan bersenam. senaman yang paling digemari oleh doktor fart ialah lari setempat. makanan kegemaran doktor fart ialah goreng pisang separuh masak.

baiklah, sekarang saya akan menceritakan kenapa doktor fart dikenali sebagai doktor yang mengelirukan. sebelum doktor fart bertukar menjadi seorang doktor, beliau telah belajar di universiti teknologi mara ataupon nama singkatannya uitm. haa, sekarang awak semua sudah keliru bukan? bagaimana seorang yang bukan bumiputera boleh belajar di uitm?

semasa beliau belajar di uitm, beliau suka menyamar sebagai pesakit luar. tindakan beliau sedikit sebanyak telah mengelirukan pekerja-pekerja di pusat kesihatan atau nama singkatannya pk. ini kerana semasa penyamaran beliu, beliau akan mengeluarkan bunyi haiwan. perkara ini membuat orang-orang di dalam pusat kesihatan tersebut keliru sama ada mereka berada di pusat kesihatan atau klinik haiwan.

selepas doktor fart menamatkan pelajaran dengan keputusan cgpa 4.0 atau four flat, beliau telah ditawarkan untuk bekerja di sebuah hospital yang telah dinyatakan pada perenggan pertama. sekarang saya tidak mahu meneruskan cerita ini lagi kerana saya sendiri pon sudah merasa keliru. jika awak semua berasa keliru seperti saya, lebih baik awak semua tidak membaca cerita ini walaupon awak sebenarnya telah membaca cerita ini sehingga habis.

hijau_serindit Publish time 24-12-2010 03:56 PM

apekah motif cerita ini? mau bikin saya keliru kah?:L

tembikai Publish time 24-12-2010 04:13 PM

uhuksss..terkeliru aku{:3_98:}

juneazry Publish time 24-12-2010 04:23 PM

pening la baca..:doh3:

jingga007 Publish time 24-12-2010 04:28 PM

ini cherita doktor yg mengelirukan atau cerpen yg mengelirukan org dgn jalan cherita yg penuh mengelirukan? :o
Pages: [1]
View full version: [c] doktor yang mengelirukan [u]


ADVERTISEMENT