muhammad123 Publish time 24-12-2010 01:00 PM

ASTRO tawar Protokol Internet Televisyen (IPTV) 100 megabit sesaat?

Apa yang korang tahu pasal Protokol Internet Televisyen (IPTV) yang astro nak buat tu??


up skit....




KUALA LUMPUR 21 Dis. - MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Astro) telah memeterai perjanjian dengan TIME dotCom Bhd. (TdC) bagi meningkatkan perkhidmatan televisyen dan jalur lebarnya kepada 167,000 kediaman di 780 unit kediaman berbilang (MDU) atau apartmen di Lembah Klang dan Pulau Pinang dalam tempoh 12 bulan akan datang.


Astro dalam kenyataannya di sini, perjanjian tersebut dimeterai setelah pelaksanaan ujian penyediaan Protokol Internet (IP) enam bulan lalu yang mana keputusan yang dicapai adalah positif.

Melalui kerjasama itu, pelanggan Astro yang mendaftar perkhidmatan Protokol Internet Televisyen (IPTV) di bawah perjanjian bersama TdC akan menikmati perkhidmatan jalur lebar sehingga 100 megabit sesaat.

Sehubungan itu, pelanggan menerima perkhidmatan Astro Beyond, termasuk perkhidmatan Definasi Tinggi (HD), Rakaman Video Peribadi (PVR), Video Atas Permainan (VOD) serta kelebihan kapasiti untuk menyokong penggunaan peranti seperti komputer riba dan telefon bimbit.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, TdC merupakan rakan pilihan memandangkan keupayaannya untuk membekalkan kelajuan pada kadar 100 megabit sesaat kepada MDU, sekali gus membolehkan Astro memberikan perkhidmatan terbaik.

"Lebih-lebih lagi Astro Beyond yang dilancarkan tahun lalu telah meningkatkan permintaan perkhidmatan HD dan PVR," kata beliau.

Pengendali rangkaian sistem televisyen berbayar itu juga mengharapkan kerjasama yang dimeterai merupakan salah satu kelebihan bagi meningkatkan jumlah pelanggannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TdC, Afzal Abdul Rahim berkata, usaha sama itu menandakan kejayaan perkhidmatan multimedia dan internet menyeluruh kepada rumah kediaman di negara ini.

"Rangkaian disediakan oleh TdC yang berasaskan gentian optik 100 peratus adalah paling mantap dan stabil di negara ini dan menyokong tawaran IPTV oleh Astro.

"Gentian ini akan disambungkan terus ke rumah pengguna bagi menjamin kelajuan konsisten yang diperlukan oleh IPTV dan juga kualiti internet," katanya.

Kata beliau lagi, perkhidmatan tersebut telah dilancarkan secara agresif ke rumah kediaman pada tahun lalu.

Kedua-dua pihak mahu pelanggannya memperolehi pengalaman menikmati siaran televisyen dan kemudahan internet yang lebih baik bagi memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang ada.

neotoxin Publish time 27-12-2010 11:43 AM

nak tiru unifi kot nih.. guna fibre-optic

Congkoloi Publish time 29-12-2010 12:57 AM

dey .. Time da lama ada fibre optic daa .... unifi da ketinggalan baru nk buat ..

neotoxin Publish time 29-12-2010 07:29 AM

dey, aku maksudkan Astro.. bukan time.. nk tiru iptv unifi sbb future of HDTVadalah cable, bukan satelite

muhammad123 Publish time 29-12-2010 12:22 PM

o...maknenye piring satelite dah takguna lagi lar ek tak lame lagi.... so, spatutnye takkan ada lagi lar masalah takde siaran bila mendung/hujan....?? btui tak?

mrsakit Publish time 30-12-2010 08:33 AM

hah pedia...time dot com lagi...adeh....haku confirm project tak lama...hangat2 tahi hanjing jer tuh ;P
kalo 100mb nie dah kira taraf full HD sampai liang bulu roma bley nampak ;P
kawasan yg tertumpu mesti kawasan PJ dulu baru laa ke KL...tu pun ikut nasib...
benda ni dah lama astro nak plan..dulu kerja sama dgn maxis...sekrg haram takde service tuh..pastu dgn time dot com...tu yg aku kata..hangat2 tahi hanjing jer ;P

muhammad123 Publish time 30-12-2010 08:35 AM

kos die mahal sgt tu...;P mklumlar fiber obtic tu beb.....

Nika Publish time 31-12-2010 09:40 PM

Entah berapa bayaran bulanan ? kalau sampai 400rm, baik beli aset ..

ultraline Publish time 14-1-2011 03:07 AM

Kalaula bola astro bole tgk kat iphone kan best
gie holiday pun leh lyn premier league

ultraline Publish time 14-1-2011 03:07 AM

Kalaula bola astro bole tgk kat iphone kan best
gie holiday pun leh lyn premier league

muhammad123 Publish time 14-1-2011 12:40 PM

bilalar nak dpat intenet fiber optic yg murah + laju gile kat malaysia ni............:'(

naga_mas Publish time 14-1-2011 01:06 PM

Reply 11# muhammad123


    Mula2 benda ni memanglah mahal sebab Service Provider kena invest duit yang banyak dalam projek nie (TM-HSBB dekat2 12 Billion).Bila ROI dia dah masuk sikit2 dia jadi murah mcm stimik. :)

Tapi tajuk dia i mengelirukan, IPTV tak perlu sampai 100Mbps, 8 Mps dah cukup. :)   100 Mbps tu gebang je lebih.
Pages: [1]
View full version: ASTRO tawar Protokol Internet Televisyen (IPTV) 100 megabit sesaat?


ADVERTISEMENT