tatod Publish time 2-8-2023 10:44 PM

Lama Hidup Ketakutan Sampai Bayar 2 Bodyguard 16k Setiap Bulan, Niena Akhirnya Lapor Polis

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa mengancam keselamatannya.


Bercakap kepada mStar, dia yang senang disapa Niena, 20, mendedahkan laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, selepas mendakwa sekali lagi diganggu pada Rabu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/02/224308zcpi2bi1c3v5dv2s.png



"Insiden (diganggu) ini dah lama berlaku, malah sebelum ni saya pernah kena serang. Saya dibaling dengan balang shisha. Masalah ini sejak saya bujang sehinggalah saya dah kahwin.


"Dalam kejadian hari ini, saya berada di sebuah kafe. Bodyguard memaklumkan orang yang pernah serang saya dulu ada di kawasan sama. Dia tengok saya dan terus blah (berlalu pergi).


"Saya memang tahu siapa individu itu. Tapi saya tak nak sebut nama sebab kes masih dalam siasatan polis. Selama ini pun saya tahu saya diekori," dakwa TikToker itu lagi.


Dakwa Niena lagi, dia turut mengesyaki pelaku mengupah sekumpulan individu untuk mengintip serta mengekorinya sebelum ini.


Menurut Niena yang berkahwin pada Mei lalu, gangguan demi gangguan menyebabkan dia hidup dalam keadaan tertekan, sekali gus memaksanya berbelanja besar untuk memasang pengawal peribadi sejak beberapa bulan lepas.


https://www.instagram.com/p/CsJNfTOp88c/?img_index=1


"Saya buat laporan untuk keselamatan diri. Sebab saya jadi takut nak keluar, benda ni menghantui dan buat saya trauma. Saya pasang dua orang bodyguard sejak sebelum bertunang. Tahun ini juga, dalam bulan Mac.


"Seorang bodyguard gaji RM8,000. Dua orang jadi RM16,000. Ini masalah besar untuk saya, pergi ke mana-mana pun risau keselamatan diri dan keluarga. Jadi saya pun tak bersedia nak ada anak.


"Mereka dah lama perhati saya. Mereka ada info saya di mana, keluar pukul berapa dan sebagainya. Ada sekumpulan, sama ada mereka dibayar atau apa saya tak tahu. Saya boleh kata ia berkaitan dendam lama yang tak selesai," dakwa Niena lagi.


Usahawan yang memiliki 1.2 juta pengikut TiKTok itu turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat pada Rabu menerusi media sosial.


"Saya nak pihak belah sana berhenti buat benda ni Jangan kacau saya dan rumah tangga saya lagi," rayu Niena yang berharap kemelut berkenaan dapat menemui noktah secepatnya.


https://www.instagram.com/p/CvcFJ88Jx71/


Akhir bicara, Niena turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan buat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudi memberi kerjasama baik buatnya ketika dia hadir membuat laporan di IPD Timur Laut.


Untuk rekod, Niena pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2021 selepas dirinya tular kerana disangka sebagai gadis beragama Islam.


Niena yang berketurunan Siam meraih ramai pengikut kerana aktif berkongsi tentang gaya hidupnya menerusi aplikasi TikTok.




Sumber: mStar

zuriey Publish time 2-8-2023 11:36 PM

Kurus dah dia
Dia ni pernah kahwin kan sebelum kawin dgn keling ni..

telracs Publish time 2-8-2023 11:46 PM

zuriey replied at 2-8-2023 03:36 PM
Kurus dah dia
Dia ni pernah kahwin kan sebelum kawin dgn keling ni..

So, pengganggu dia tu ex dia kah?

honeystar_11 Publish time 2-8-2023 11:48 PM

zuriey replied at 2-8-2023 11:36 PM
Kurus dah dia
Dia ni pernah kahwin kan sebelum kawin dgn keling ni..

Sapa dia ni. Mudanya baru 19 thn. Apsal caption dia good bye single niena kalau dia dh penah kawen sblm ni. Maksudnya dia cakap kat bye kat zaman mak jan dia ke

zuriey Publish time 2-8-2023 11:57 PM

telracs replied at 2-8-2023 11:46 PM
So, pengganggu dia tu ex dia kah?

i syak begitu juga lah
Dia ni bkn melayu islam
Dia siam

zuriey Publish time 2-8-2023 11:59 PM

honeystar_11 replied at 2-8-2023 11:48 PM
Sapa dia ni. Mudanya baru 19 thn. Apsal caption dia good bye single niena kalau dia dh penah kawen ...

i kenal pun dkt tiktok
Dulu pernah dia ckp dia dah kawin
Itu terkejut tgk dia kawin lagi dgn keling ni pula
Rasa laki lama dia chinise

hareeeesah Publish time 3-8-2023 01:10 AM

Jenis frame bsr dia ni & terlajak matured br 20 rupanya. Cite psl dia dlu benang apa lupa dh

tahanie Publish time 3-8-2023 06:20 AM

Content founder ke ni. Golongan tu je kata diri sendiri kaya

ayukpingu Publish time 3-8-2023 08:30 AM

laa baru 20 tahun ke umur nya? ingat dlm 30an.

ayukpingu Publish time 3-8-2023 08:31 AM

zuriey replied at 2-8-2023 03:59 PM
i kenal pun dkt tiktok
Dulu pernah dia ckp dia dah kawin
Itu terkejut tgk dia kawin lagi dgn kelin ...

and ada rumour cakap dia dah ada anak. dr 1st marriage la kot

kakakgarang Publish time 3-8-2023 10:44 AM

Edited by kakakgarang at 3-8-2023 10:46 AM

sheolls padam ke video yg sheoll mengaku da kawen dgn jate chaines tu??

tapi iolls mmg pernah tgk video sheolls ckp da kawen dgn jate chaines, tapi husband sheolls tak nk tunjuk muka. masa tu sheolls gundus, mcm baru lepas bersalin..

dlm video tu, org komen kata dia gemok. dia jawab dia da kahwin, dlm proses nk mengandung, makan ubat , so berat jadi naik. tak tau la mana yg betul..


tapi baru2 ni , lepas kawen dgn kARI sheolls claim tak pernah kahwin.. laki pertama sheolls is KARI.. gitu la statement sheolls..


zuriey Publish time 3-8-2023 12:35 PM

ayukpingu replied at 3-8-2023 08:31 AM
and ada rumour cakap dia dah ada anak. dr 1st marriage la kot

Ohh iye ke..
Yg tu i tertinggal
Acc tiktok lama dia dah hilang
Kalau tidak boleh la skodeng :lol:

zuriey Publish time 3-8-2023 12:37 PM

kakakgarang replied at 3-8-2023 10:44 AM
sheolls padam ke video yg sheoll mengaku da kawen dgn jate chaines tu??

tapi iolls mmg pernah tgk v ...

Ohh bkn i sorng je la pernah dgr dia dah kahwin dulu
Mmg btl dia kata laki dia chinis
Mula2 i follow she dkt tiktok dulu mmg dia ngaku ada laki.dia dgn laki pjj.
Lps tu dia pindah p penang sbb dpt kerja sana
Tuptup buka kedai kosmetik pula

OshinDaSolja Publish time 3-8-2023 01:02 PM

laa... dkt report tu baru 19 tahun ke..mudanya ko ni dik tak pdan dgn rupa

lifeline Publish time 3-8-2023 01:46 PM

klo ikut kan dia mcm xpernah kawin
pastu dia gemok dia ckp sbb makan pil hormon
ada masalah apa ntah dan mmg x leh preggy
gitu la
mcm tipu ja dia ni kejap ckp mcm tu kejap ckp mcm ni

tp masa wedding dia bebaru ni elok jugak la
buat tepi pantai panaihh tp cantik la weddingnya
and dia pon cantik
terserlah kesiaman dia masa wedding tu

maroon_nerd Publish time 4-8-2023 08:57 AM

Dia ni ntah apa qualification.Skolah pun tak habis. Tapi juai produk kosmetik ramai gila bodoh2 gi beli. Padahal dia sendiri bila orang tanya pasai produk dia, dia tak tau nak jawab. Siap kata ikut ampa la nak beli, beli la. Takmau sudah. Itu pun org pecaya jugak.

Dadadi Publish time 4-8-2023 09:45 AM

bukan ke ex dia bangsa singh?lawyer kata nya

chiyoasuka Publish time 4-8-2023 09:56 AM

niena mcm2 business dia ni

puccafan Publish time 4-8-2023 01:08 PM

Ingat dia ni umur 25~30, rupanya baru 19.
Yg iols penah nampak video, ada bisnes makanan. Ayam pulut & sabun donut. Viral jugak la sabun tu.
Agaknya jadi founder bole dapat duit berkepuk2.

Time kawen baru ni, katanya kena tipu puluh2 ribu. Banyak betul duit.

Btw, lepas dia kurus, dia ada buat video. Ini sebelum dia reveal bf aka laki dia sekarang la. Dulu kawen, pastu cerai. Then bz cari duit. Pastu dah selesa sikit, baru ada masa nak pegi gym.

lola0311 Publish time 4-8-2023 07:42 PM

amboiiii ini air masak ked
Pages: [1] 2 3
View full version: Lama Hidup Ketakutan Sampai Bayar 2 Bodyguard 16k Setiap Bulan, Niena Akhirnya Lapor Polis


ADVERTISEMENT