tatod Publish time 2-8-2023 09:58 PM

Konsert Eras Tour Untung Besar, Taylor Swift Beri Bonus Kepada 50 Pemandu Trak

Penyanyi Taylor Swift berkongsi keuntungan diperoleh menerusi konsert jelajahnya iaitu Eras Tour dengan memberi bonus enam angka kepada pemandu trak yang membawa peralatan konsertnya di seluruh Amerika Syarikat.


Taylor dilaporkan memberi bonus sebanyak AS$100,000 (RM450,000) kepada 50 pemandu trak sebagai menghargai sumbangan mereka yang bertungkus lumus memastikan konsertnya berjalan lancar.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/02/215723i99vxgjv4wox9b9g.png


Secara keseluruhan Taylor membelanjakan wang berjumlah AS$5 juta (RM22.5 juta) ketika mengadakan persembahan di Santa Clara, California pada Sabtu lalu.


Penyanyi lagu Shake It Off itu menyerahkan bonus itu sebagai penutup konsert jelajahnya di Amerika Syarikat yang akan berakhir di Stadium SoFi di Los Angeles pada 5 Ogos ini sebelum bergerak ke Mexico.


Konsert jelajah itu dilaporkan membuat keuntungan sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion).


Kutipan itu juga menjadikan Taylor sebagai penyanyi dengan pendapatan konsert jelajah paling tinggi dalam sejarah muzik Amerika Syarikat.


Sementara itu, penari, krew teknikal, krew keselamatan, krew produksi dan katering turut menerima imbuhan namun tidak dinyatakan jumlahnya.




Sumber: mStar

Carcosa Publish time 2-8-2023 11:25 PM

Kayo betol lah si TayTay ni yach. Menjadik je dia buat apa pon. Budak2 tweenagers suka bebenau dgn dia ni. Si Bieber tu pun dah slow down semenjak berbini, TayTay ni terus terusan maju.

Yoonggi Publish time 3-8-2023 09:04 AM

kan? dah set for life dah dia. cuma in terms of love partner je dia ni lom lg jumpa yg sesuai dgn dia

bbi25 Publish time 3-8-2023 09:36 AM

Best performances ever !

Lily_Elizabeth_ Publish time 3-8-2023 10:18 AM

Cantiknya dia ni.
Kurus tinggi dan berwajah pretty sweet sweet.
Mmg lawa.

alesandra Publish time 3-8-2023 01:12 PM

Klau untung berbillion boleh la bagi bonus byk tu.bagus dia ni x ramai peduli psl crew konsert

evlinne Publish time 5-8-2023 04:19 AM

Nak pegi konsert dia kt singapore tpi xde yg meneman:'( teringin gila tengok liveee.

evlinne Publish time 5-8-2023 04:20 AM

Lily_Elizabeth_ replied at 3-8-2023 10:18 AM
Cantiknya dia ni.
Kurus tinggi dan berwajah pretty sweet sweet.
Mmg lawa.

Sheols decent looking jela pd iols
Sbb klau xde mekap mmg biasa je
Tpi sbb dah mekap n groom lawa2 baju pun semua lawa2 so nampak mcm barbie

evlinne Publish time 5-8-2023 04:23 AM

Edited by evlinne at 5-8-2023 04:25 AM

Mmg patut pun kalau sheols bagi bonus
Sbb tiap kali drop album n she buat konsert around US, mesti sold out manjanggg n untung besar
But kalini she buat world tour + release album2 so mmg meletop letop la sales tiket
Fandom dia pun besar gila

Plus sheols pun celeb yg suka buat charity
Pages: [1]
View full version: Konsert Eras Tour Untung Besar, Taylor Swift Beri Bonus Kepada 50 Pemandu Trak


ADVERTISEMENT