Raline Publish time 2-8-2023 07:43 AM

“Ni Orang Panggil ‘Empty Barrel’…” – TMJ Tempelak Pemilik Kereta Mewah Buat Pasal

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2023/07/tmj-lamborghini-ohmedia.jpeg.webp
“Ni Orang Panggil ‘Empty Barrel’…” – TMJ Tempelak Pemilik Kereta Mewah Buat Pasal

Kan TMJ dah bersuara. Siapa tak bengang bila ada sekumpulan pemandu kereta yang berlagak samseng atas jalan raya tanpa hiraukan keselamatan orang lain. Macam yang berlaku baru-baru ni bila ada beberapa kereta mewah jenis Lamborghini telah memotong kenderaan lain tanpa hiraukan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Video aksi berbahaya itu tersebar dan pihak polis telahpun menyita lima buah Lamborghini dan memulakan siasatan. Kejadian ini berlaku di Lebuh Raya Senai – Desaru, Kota Tinggi Johor.

7261210761731640584


Apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bengang dengan kumpulan ini. Kata TMJ mereka ini umpama tin kosong dalam ruangan komen di sebuah platform media sosial.

Ni orang panggil emptu barrel (tin kosong). Always make more noise. Dah macam jakun dapat basikal, turun bukit pun kayuh. Mungkin nak kena ajar macam mana nak hormat orang ramai.

Sumber:https://ohmedia.my/ohtidak/ni-orang-panggil-empty-barrel-tmj-tempelak-pemilik-kereta-mewah-buat-pasal/

aemon Publish time 2-8-2023 09:27 AM

kuyus dah topui.

xAthenax Publish time 2-8-2023 11:09 PM

boleh pula buat perumpamaan macam jakun dapat basikal?
perangai orang lain macam circus BANGSA ORANG LAIN pula dijadikan contoh

dia dan kerabat dia pun lebih kurang.
Pages: [1]
View full version: “Ni Orang Panggil ‘Empty Barrel’…” – TMJ Tempelak Pemilik Kereta Mewah Buat Pasal


ADVERTISEMENT