Raline Publish time 2-8-2023 07:38 AM

Navneet Nishan paling bangga dapat cium Aamir Khan

Navneet Nishan paling bangga dapat cium Aamir Khan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/AAMIR-KHAN-NAVNEET.jpg
AAMIR dan Navneet pernah diminta melakonkan aksi bercium dalam sebuah filem namun babak tersebut telah dipotong.


PENGGEMAR filem Hindi pasti mengingati Hum Hain Rahi Pyar Ke lakonan Aamir Khan dan Juhi Chawla sekitar 1993 yang dianggap antara naskhah ikonik bertema romantik.

Biarpun sudah berdekad, ada beberapa kisah di sebalik tabir yang baru kinbi tersingkap, termasuk berkenaan permintaan Aamir selaku teraju utama.

Dalam satu temu bual, aktres pembantu, Navneet Nishan sebagai penggalas watak Maya mendedahkan ada melakukan babak mesra dengan Rahul iaitu Aamir termasuk bercium.

Katanya, paling diingati apabila adegan bermesra yang diulang berkali-kali dikatakan tidak menepati kehendak pengarah.

Begitupun, babak yang dibuat sehingga lapan kali itu akhirnya tiada dalam filem selepas dipotong sebelum ditayangkan.

“Balik rumah, saya ceritakan kepada orang telah mencium Aamir Khan. Namun, babak itu dipotong,” kongsinya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/01/navneet-nishan-paling-bangga-dapat-cium-aamir-khan/

lasagna Publish time 2-8-2023 11:47 AM

lama tul 90an.. cite skrg pun org tak heran..
Pages: [1]
View full version: Navneet Nishan paling bangga dapat cium Aamir Khan


ADVERTISEMENT