CARI-MAL Publish time 1-8-2023 07:27 PM

Ustaz Kongsi 3 Jenis Adik-Beradik Busuk Hati, Ada Siap Pakat Dengan Orang...

Bila cakap fasal keluarga ini, sudah pasti kita inginkan sebuah keluarga yang harmoni dengan penuh kasih sayang antara ibu bapa dan adik-beradik.


Semua orang mahukan keluarga dan adik-beradik yang harmoni. Siapa suka bersengketa dengan ahli keluarga sendiri kan?


Namun, tidak dinafikan ada juga dalam kalangan adik-beradik yang busuk hati dan kuat dengki.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/192505g9txxdzx91dx12zx.jpgGambar hiasan/TikTok




Seperti dikongsikan penceramah bebas Ustaz Elyas Ismail dalam video di TikToknya, terdapat tiga jenis adik-beradik yang ‘busuk hati’.



#1. Dengki & memburukkan adik-beradik lain


Ada adik-beradik yang dengki dengan kakak ke abang ke adik, dalam masa yang sama dia juga memburuk-burukkan adik-beradiknya itu pada ibu bapa mereka.


Sebarkan keburukan adik-beradik kepada orang luar seperti ‘abang duit banyak tapi kedekut dan berfoya-foya, bukan guna dekat jalan yang betul'. Dia busuk hati dan dengki.



#2. Dengki & mendatangkan mudarat


Bukan sahaja dengki, tapi dia juga cuba untuk membuat sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap adik-beradik lain.


Dalam kalangan adik-beradik pun ada cubaan nak bunuh.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/192506evd7bu749llbk9bp.jpg

202308up_169088912465





#3. Pakat Dengan orang lain untuk jatuhkan adik-beradik sendiri


Jenis yang mengajak atau berpakat dengan orang lain untuk menjatuhkan atau memudaratkan adik-beradik sendiri.






Sumber: Gempak

Buritan Publish time 1-8-2023 07:53 PM

Hahahaha aku laa tuuu

cakarputih Publish time 1-8-2023 08:39 PM

nasihat yang baik dan berguna, dengan ini kita boleh jalani kehidupan dengan lebih baik dan sentosa

SalenaGomez Publish time 1-8-2023 11:27 PM

Alhamdullillah… setakat ni dalam diri tiada dan sentiasa berdoa semoga diri sendiri dan adik beradik xde hasad dengki dan saling tolong menolong bila susah, sampailah kami mati

Bila elok sesama adik beradik ni, mak ayah kita pon lega

mek_jah Publish time 1-8-2023 11:35 PM

hahaha mek nombor syatuuu...tapi memburukkan manjah2 gurau2 jelahh

babelina Publish time 30-8-2023 11:46 AM

aku dengki sbb adik aku kurus jer walaupn ank dua dh.. hahaha..
Pages: [1]
View full version: Ustaz Kongsi 3 Jenis Adik-Beradik Busuk Hati, Ada Siap Pakat Dengan Orang...


ADVERTISEMENT